Maxis perkasa inisiatif usaha niaga dalam platform GuruLab | DagangNews Skip to main content

Maxis perkasa inisiatif usaha niaga dalam platform GuruLab

Kerjasama Maxis dan GuruLab telahpun bermula dengan eKelas English HIP Storyfest pada tahun ini.

KUALA LUMPUR 1 Jun - Dalam usaha untuk terus memupuk inovasi dan memacu ekonomi digital negara, Maxis telah mengumumkan usahanya untuk membina usaha niaga sebagai sebahagian daripada strategi keseluruhannya untuk melabur dan mengembangkan syarikat pemula (start-up) untuk akses teknologi dan rangkaian manusia demi menggandakan ekonomi negara. 

 

Salah satu inisiatif pembinaan usaha niaganya ialah pengambilan kepentingan besar dalam platform startup analisis pendidikan, GuruLab. 

 

Ketua Jenama dan Pemasaran Maxis, Tai Kam Leong berkata, pelaburan kroporat dan pembinaan usaha niaga adalah satu langkah ke hadapan bagi Maxis untuk memperkasakan usahawan dan perniagaan tempatan yang ingin membawa inovasi lebih besar dalam teknologi ke pasaran. 

 

Katanya, Maxis ingin memainkan peranan penting dalam skala dan menghubungkan para inovasi, pelabur dan pemegang saham, dan kerajaan, dalam matlamat bersama untuk mempercepatkan pendigitalan negara. 

 

"Sebagai jenama tempatan kukuh yang komited untuk melabur di Malaysia, langkah ini sejajar dengan tujuan kami untuk membawa teknologi terbaik bagi membolehkan rakyat dan perniagaan Terus Menerajui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

GuruLab kini sedang membangunkan platform digital yang memperkasa para guru untuk menyediakan pelajar pendidikan Bahasa Inggeris yang diperibadikan dengan berkesan. 

 

Dengan menggunakan kuasa analisis data pada input pelajar, seperti kerja bertulis dan lisan, GuruLab dapat memberi pandangan terperinci tentang kekuatan dan bidang penambahbaikan setiap pelajar. 

 

Algortima maklum balas juga mengesyorkan bahan dan amalan pembelajaran terbaik untuk setiap pelajar, menangani kelemahan pendekatan yang digunakan oleh sekolah dan pusat tuisyen. 

 

Kerjasama Maxis dan GuruLab telahpun bermula dengan eKelas English HIP Storyfest pada tahun ini. GuruLab akan membantu dalam pertandingan penulisan karangan, dengan menjalankan bengkel untuk pelajar dan menggunakan platform untuk penilaian karangan.

 

Sementara itu, Pengasas Bersama GuruLab, Eer Kai Song berkata, pihaknya teruja untuk memulakan perjalanan ini bersama Maxis, yang bakal memberi GuruLab kelebihan strategik dengan akses penting untuk pemerolehan pelanggan. - DagangNews.com