MAN Malaysia terima tempahan trak generasi baharu daripada banyak syarikat pengangkutan | DagangNews Skip to main content

MAN Malaysia terima tempahan trak generasi baharu daripada banyak syarikat pengangkutan

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 18 Jan - MAN Malaysia menerima tempahan lebih banyak syarikat pengangkutan yang memilih trak MAN generasi baharu dengan enjin Euro V sebagai trak pilihan, selepas setahun pengenalannya.

 

Selepas penyerahan 41 buah unit kepada FGV Transport Services Sdn Bhd pada bulan lalu, MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) menerima empat pelanggan kali pertama di majlis penyerahan terbaru di Pelabuhan Klang baru-baru ini.

 

Artha Logistics Sdn Bhd menempah dua unit varian 6x2; Mawar Movers Sdn Bhd (satu unit 4x2 dan satu unit 6x2), Transprompt Cargo Logistics Sdn Bhd (dua unit 6x2) dan Vertex Mission Sdn Bhd (dua unit 4x2 dan tiga unit 6x2) masing-masing menerima unit pertama mereka manakala Timur Permai Haulage Sdn Bhd menyempurnakan penerimaan unit kedua MAN TGS Baharunya dengan enjin pelepasan rendah Euro V.

 

Varian MAN TGS 4x2 dan 6x2 Baharu, masing-masing direka untuk pengangkutan jarak dekat dan jarak jauh, telah terbukti boleh dipercayai dan mampu memberikan prestasi dan kecekapan bahan api di atas jalan yang unggul walaupun dalam keadaan cuaca dan operasi yang mencabar di Malaysia.

 

Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O’Brooks berkata, beliau menzahirkan penghargaan kepada pelanggan atas keputusan dalam mengembangkan kumpulan kenderaan mereka dengan Trak MAN.

 

Beliau berkata, MAN mengejutkan pasaran apabila mereka menjadi pengeluar trak pertama di Malaysia yang menawarkan enjin Euro V sebagai standard di seluruh portfolio produknya dan mereka tidak menoleh ke belakang sejak itu.  

 

"Kami gembira melihat semakin banyak syarikat pengangkutan di Malaysia memainkan peranan mereka dalam mengurangkan jejak karbon kumpulan kenderaan masing-masing dengan Trak MAN dengan pelepasan yang lebih rendah.

 

 

man

 

 

"Tahun 2022 merupakan tahun pertumbuhan yang menakjubkan bagi kami dan dengan peningkatan sokongan daripada pemain industri, kami menantikan tahun yang lebih menarik di hadapan,” beliau berkata," katanya dalam satu kenyataan hari ini.  

 

Tambahnya, MAN Malaysia telah bersedia untuk memenuhi permintaan kumpulan pelanggan yang semakin meningkat di negara ini.  

 

 

man

 

 

man

 

 

Selepas hampir tiga dekad di Rawang, syarikat telah memindahkan ibu pejabatnya ke kemudahan bersepadu yang moden dan luas di Shah Alam. Kemudahan ini akan menempatkan keseluruhan operasi syarikat, termasuk pemasangan kenderaan, di bawah satu bumbung. 

 

Pengarah Urusan Vertex Mission, Soo Chee Yeong berkata, pendekatan inovatif MAN Malaysia termasuk mengatur pandu uji dan lawatan ke ibu pejabat dan kilang pemasangannya adalah penting dalam meyakinkan syarikatnya untuk melabur dalam Trak MAN buat kali pertama.

 

 

man

 

 

“MAN Malaysia jelas memahami cabaran yang dihadapi oleh industri pengangkutan.  Mereka secara proaktif menghubungi syarikat pengangkutan seperti kami dan menawarkan produk cemerlang yang dibangunkan semula sepenuhnya untuk membantu perniagaan mencapai matlamat keuntungan dan kemampanan,” katanya. - DagangNews.com