KUALA LUMPUR 3 Okt - Malaysia Aviation Group (MAG) terus mengkukuhkan komitmennya terhadap pemerkasaan digital dan penggunaan teknologi termaju bagi memnuhi permintaan pengguna yang sentiasa berkembang.
Kumpulan itu sedang mengembangkan kerjanya di platform Microsoft di Malaysia bagi meningkatkan rangkaiannya, mempelbagaikan pengalaman pengguna dan memperkukuh platform teknologinya.
Ia akan memajukan lagi wawasan MAG bagi memacu inovasi dalam pengalaman pelanggan dan operasi perniagaan, memupuk potensi rumusan yang dibina di atas platform Microsoft.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama lanjutan ini, MAG akan berinovasi dalam bidang produk, perkhidmatan dan penyelesaian kenderaan autonomi selain mengutamakan teknologi seperti analisis data, kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin, realiti tambahan (AR), robotik dan keselamatan dalam merumuskan alat yang mantap untuk penyepaduan digital yang lancar.
Dengan melantik Microsoft sebagai pembekal awan pilihannya, MAG kini menjadi hos kepada 98% infrastrukturnya pada Microsoft Azure, menghasilkan penjimatan 30% dalam kos infrastruktur IT dan penjimatan pelepasan karbon lebih daripada 84% sejak berpindah ke awan.
Ketua Pegawai Digital dan IT Kumpulan MAG, Clarence Lee berkata, bagi mereka digital adalah satu daripada enam kepercayaan teras kami yang mendorong untuk mencipta rumusan inovatif.
"Pakatan strategik dengan Microsoft ini menggariskan komitmen kami dan berfungsi sebagai pemangkin untuk Pelan Perniagaan Jangka Panjang 2.0 yang terdiri daripada projek strategik dalam kapasiti pelaburan teknologi dan sumber," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sementara itu, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, K. Raman berkata, pihaknya sudah menjadi rakan kongsi teknologi MAG lebih 15 tahun dan merupakan sebahagian daripada perjalanan digital kumpulan itu daripada transformasi awan kepada peningkatan produktiviti dan kecekapan tenaga kerja.
"Kami teruja dengan kerjasama ini bagi menyokong MAG dalam menyampaikan pengalaman pelanggan moden di samping meningkatkan kecekapan perkhidmatan kumpulan itu," katanya. - DagangNews.com








