Urusan harta pusaka boleh dibuat secara PERCUMA tanpa bebankan waris, sebenarnya! | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Urusan harta pusaka boleh dibuat secara PERCUMA tanpa bebankan waris, sebenarnya!

Oleh Ariffin Sabirin

Minggu lepas saya kemukakan dua dimensi kenapa urusan harta pusaka menjadi semakin sukar di Malaysia iaitu saya kemukakan hujah bahawa isu harta pusaka ini ialah satu isu legasi yang sudah pun berlarutan sehingga ratusan tahun.

 

Ia bukan baru diwarisi semalam tetapi tertunggak sejak sekian lama. 

 

Saya juga kemukakan pandangan bahawa perbezaan mentaliti dan perspektif generasi dahulu dan sekarang sebagai satu lagi cabaran urusan harta pusaka.

 

Generasi terdahulu kurang ‘sengit’ perbalahannya kerana masih menebal rasa hormat-menghormati sedangkan generasi sekarang lebih ‘loud’ bila menyatakan tidak persetujuan tentang sesuatu perkara termasuk urusan harta pusaka.  

 

ANEKDOT MAWARITH minggu lepas: Kenapa urusan harta pusaka semakin membebankan? Kenapa tidak dipermudahkan?

 

Minggu ini saya ingin menarik perhatian para pembaca kepada situasi yang sudah saya perhatikan dan lalui sendiri secara peribadi semenjak terlibat di dalam industri perancangan harta selama 27 tahun.

 

Pengalaman mengajar saya bahawa KOS ialah antara faktor utama kenapa urusan harta pusaka kerap tertunggak. Sebenarnya urusan ini boleh sahaja dibuat secara PERCUMA untuk waris.  

 

Secara umumnya, apabila kita ingin menggunakan perkhidmatan pihak profesional seperti syarikat amanah atau peguam bagi tujuan urusan harta pusaka ada fi yang perlu dibayar.

 

Secara purata fi daripada beberapa ribu ringgit sehingga beberapa peratus daripada nilai harta pusaka kasar (semua nilai harta pusaka yang ditinggalkan oleh simati tanpa ditolak apa-apa hutang) akan dikenakan oleh pihak-pihak ini. 

 

Para pembaca perlu faham bahawa fi-fi ini memang tidak boleh dielakkan kerana ada tugasan dan tanggungjawab perundangan yang perlu dibuat oleh pihak profesional di dalam urusan ini. Sebab itulah pelbagai fi dikenakan. Fi ini pula sama ada perlu dibayar oleh waris sendiri atau ditolak daripada harta pusaka yang ditinggalkan.  

 

 

wasiyyah

 

 

Ramai juga yang mengatakan kepada saya bahawa urusan harta pusaka boleh sahaja dilaksanakan oleh waris sendiri tanpa perkhidmatan pihak profesional. Ini boleh mengatasi isu kos kerana tiada fi dibayar kepada pihak ketiga.

 

Saya akui hakikat ini. Memang ada ramai waris yang melalui sendiri proses ini tanpa bantuan profesional.   

 

Namun kita perlu faham bahawa untuk menuntut harta pusaka yang ditinggalkan, waris-waris perlu menggerakkan inisiatif untuk melalui proses perundangan sama ada di Pejabat Pusaka Kecil, Mahkamah Tinggi Sivil atau Mahkamah Syariah (mana yang berkenaan) secara sendiri. Proses ini  boleh dilalui dengan lancar sekiranya waris-waris faham sepenuhnya mengenai dokumentasi yang diperlukan  dan proses permohonan.  

 

Isunya ialah berapa ramai waris yang faham sepenuhnya proses ini? Dalam keadaan undang-undang berubah, undang-undang baru diperkenalkan dan kaedah tafsiran undang-undang juga berubah, pastinya ia satu cabaran besar kepada waris.

 

Dari pemerhatian saya, perkara yang paling asas sekali iaitu jurisdiksi undang-undang sivil dan Syariah itupun sendiri sukar difahami oleh waris. Terdapat kemungkinan besar waris akan tersilap melalui proses ini dan ia mungkin menyebabkan urusan harta pusaka lewat diselesaikan dan perbelanjaannya juga akan semakin meningkat.   

 

Selain kefahaman tentang proses perundangan, waris-waris yang ingin menggerakkan inisiatif ini juga perlu meluangkan masa kerana mereka perlu pergi ke agensi-agensi berkenaan seperti membuat carian di pejabat tanah yang berkenaan, Lembaga Tabung Haji, Amanah Saham Nasional Berhad, koperasi, Jabatan Pengangkutan Jalan (yang mana berkenaan) dan pelbagai agensi lain.

 

Dalam keadaan biasa, jika simati meninggal dunia pada usia tua, waris-waris ialah orang yang bekerjaya dan berkeluarga yang pastinya mempunyai masa yang terhad untuk diluangkan bagi tujuan ini.  

 

Keadaan akan menjadi lebih buruk jika simati itu masih muda dan meninggalkan balu dan anak-anak yang berumur di bawah 18 tahun. Pasangan yang ditinggalkan atau mana-mana pihak yang bertanggungjawab terhadap anak-anak yatim di bawah umur 18 tahun ini akan terkapai-kapai di dalam urusan harta pusaka. Siapa pula pihak atau waris yang sanggup mengeluarkan menggerakkan semua inisiatif di atas?   

 

Di dalam semua urusan ini, ada kos sebenar dan kos melepas yang perlu dikorbankan oleh waris berkenaan. Kos sebenar yang terlibat ialah waris yang menggerakkan inisiatif ini perlu mengeluarkan belanja untuk bergerak dari satu ejensi ke ejensi yang lain dan membayar fi-fi tertentu bagi tujuan itu.

 

Kos melepasnya pula ialah waris perlu mengorbankan tugasan lain yang sepatutnya diluangkan untuk memperoleh pendapatannya semata-mata untuk melalui proses ini.  

 

Disebabkan kesukaran-kesukaran inilah waris akhirnya terpaksa menggunakan perkhidmatan profesional. Namun isu kos itulah yang menyebabkan mereka menangguhkan usaha menguruskan harta pusaka. Akibatnya kes harta pusaka tertunggak akan menjadi semakin banyak.     

 

 

wasiyyah

 

Bagaimana Wasiyyah membantu? 

Wasiyyah membantu mengatasi masalah ini melalui perkhidmatan pengurusan harta pusaka secara PERCUMA kami yang dikenali sebagai Al-Wasitah.

 

Apabila berlaku kematian dan kami dimaklumkan, kami akan menghantar wakil daripada Jabatan Perundangan kami untuk memberi nasihat tentang hukum-hakam dan proses perundangan harta pusaka yang bakal dilalui oleh waris. Khidmat ini akan membantu waris untuk faham sepenuhnya apa yang bakal dilalui.     

 

Waris-waris juga tidak perlu bersusah-payah pergi ke agensi-agensi berkenaan untuk mengisi borang dan melengkapkan dokumentasi kerana semuanya akan dibuat oleh Wasiyyah secara PERCUMA.

 

Lebih daripada 40,000 orang Islam di Malaysia telah melanggan Al-Wasitah dan lebih daripada 700 kes pusaka telah diselesaikan. - DagangNews.com

 

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL ANEKDOT MAWARITH

 

 

Ariffin Sabirin
Tn Hj Ariffin Sabirin adalah Pengasas, Presiden Kumpulan dan CEO Wasiyyah Shoppe Bhd