PUTRAJAYA 9 Feb - Kabinet bersetuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 dijenamakan semula sebagai KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ini kerana ia akan meningkatkan kebolehpasaran dan keberkesanan kedua-dua lapangan terbang, sambil membolehkannya bersaing dengan lapangan terbang antarabangsa lain di rantau ini, lapor Free Malaysia Today.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan bila ia (penjenamaan semula) akan dilaksanakan.
Katanya, kerajaan dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) perlu memperhalusi perjanjian operasi baharu mereka terlebih dahulu.
“Kerajaan dan MAHB perlu memuktamadkan dan menandatangani perjanjian 2023 dan perjanjian pajakan lain yang berkaitan sebelum penghujung suku pertama 2023,” katanya pada sidang media di sini. - DagangNews.com








