Oleh NABILA YASMIN RAZIB
[email protected]
KUALA LUMPUR 15 Okt. - Kiplepay Sdn Bhd (Kiple), anak syarikat milik penuh Green Packet Berhad melancarkan kempen ‘Back to Uni’ menerusi lebih 2,000 tawaran untuk dinikmati pada harga RM1.
Dalam kenyataannya, Kiple berkata, bermula 18 Oktober hingga 21 November, pelajar universiti yang berumur 18 - 25 tahun berpeluang mendapatkan pelbagai barangan menarik pada tawaran RM1 sahaja dengan berbelanja menggunakan Kad Prabayar Visa Kiple.
Katanya, pelajar hanya perlu memuat turun aplikasi Kiple dan membuat permohonan bagi Kad Prabayar Visa Kiple dan berbelanja menggunakannya untuk mengambil bahagian dalam kempen tersebut.
"Mereka boleh memohon kad secara percuma tanpa yuran kad tahunan dan menikmati pulangan tunai sehingga RM10 setiap bulan apabila mereka berbelanja dengan Kad Prabayar Visa Kiple.
"Setiap transaksi meningkatkan peluang mereka untuk memenangi pelbagai tawaran RM1 baharu menerusi kempen ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, pelajar perlu membelanjakan minimum RM10 bagi melayakkan mereka mengambil bahagian.
Katanya, Kiple menawarkan ganjaran merangkumi barangan digital, kredit untuk pembelian buku, penjagaan diri, fesyen serta makanan dan minuman.
"Kempen ‘Back to Uni’ mempunyai tiga tawaran harian dan mingguan, iaitu Tawaran Harian RM1, Tawaran Hebat RM1 dan Tawaran Bonus RM1," katanya.
Setiap Rabu, Kiple akan memuat naik GIF kempen di laman Instagram mereka (@MyKiple), dan 20 pelajar pertama yang berjaya mengenal pasti serta menghantar jumlah tawaran RM1 yang tersembunyi di GIF tersebut di bahagian komen akan memenangi hadiah mingguan.
Antaranya termasuklah langganan Spotify Premium selama 1 tahun dan Kredit Kiple bernilai RM50 pada harga RM1. -DagangNews.com








