Khairy umum pasukan petugas bebas siasat budaya kerja hospital kerajaan petang ini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Khairy umum pasukan petugas bebas siasat budaya kerja hospital kerajaan petang ini

Khairy Jamaluddin mendengar pengalaman dan luahan doktor pelatih di Hospital Selayang
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 13 Mei - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan mengumumkan senarai anggota pasukan petugas bebas yang diberi tempoh dua bulan untuk menyiasat budaya kerja hospital di bawah Kementerian Kesihatan (KKM), petang ini.

 

Khairy menerusi ciapan di Twitter rasmi beliau hari ini berkata, siasatan itu turut merangkumi isu buli serta membuat syor bagi memperbaiki budaya kerja KKM.

 

Beliau berkata, budaya kerja toksik tidak sepatutnya berlaku di hospital kerajaan.

 

"Saya tidak mahu budaya kerja yang toksik di hospital-hospital KKM. Zaman dahulu dan zaman sekarang lain.

 

"Persekitaran kerja mesti ada hormat-menghormati, sokongan dan pemerkasaan. Bukan kata-kata kesat dan memalukan," katanya.

 

Terdahulu, Khairy turut memuat naik naik beberapa keping gambar pertemuannya dengan doktor pelatih di Hospital Selayang.

 

"Mendengar pengalaman doktor pelatih pagi ini sebelum mereka memulakan ‘rounds’ mereka pada jam 6 pagi di Hospital Selayang. Banyak perkara yang diluahkan kepada saya.

 

 

kj

 

 

"Ada jabatan yang mempunyai persekitaran pekerjaan yang bagus. Ada pula yang boleh diperbaiki," katanya. - DagangNews.com