KUALA LUMPUR 24 Mac - KFC memperkenalkan minuman kegemaran rakyat Malaysia, teh tarik yang dirumus khas daripada resepi istimewa mereka sebagai menu baharu di semua restoran jenama ayam goreng itu di seluruh negara.
Pasti tertarik, KFC Hot Teh Tarik baharu itu diformulasi dengan resipi istimewa KFC yang membuatnya lemak berkrim, lebih berbuih dan lebih enak sekali gus sesuai untuk dinikmati bersama juadah berbuka.
Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling berkata, teh tarik merupakan minuman versatil yang tidak pernah mengecewakan dan ia sesuai dijadikan sebagai pelengkap apa jua hidangan terutama KFC.
“Sama ada dinikmati bersama makanan mengenyangkan atau secara on-the-go, KFC Hot Teh Tarik baharu kami yang bertekstur ringan namun tetap ‘kaw’ pasti membuatkan hari anda lebih bersemangat.
“Kami cadangkan anda menikmatinya bersama hidangan sarapan terutamanya bersama Nasi Lemak KFC untuk hidangan tradisional Malaysia yang sedap hingga menjilat jari,” katanya dalam satu kenyataan.
KFC Hot Teh Tarik boleh didapati sepanjang hari di restoran KFC seluruh negara bermula RM4.20.
Ia juga boleh didapati secara set dengan Nasi Lemak KFC – digandingkan untuk mulakan pagi anda dengan hidangan yang memuaskan!
Dapatkan sekarang melalui khidmat makan-di-restoran dan pandu lalu! Untuk maklumat lanjut, layari www.KFC.com.my atau muat turun aplikasi KFC. - DagangNews.com








