KUALA LUMPUR 8 Mac 2023 - Pendapatan KESM Industries Bhd bagi separuh pertama tahun kewangan 2023 (1HFY23) menyusut 18% kepada RM108.8 juta berbanding RM132.9 juta bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Syarikat penyedia perkhidmatan ‘burn-in’ dan ujian bebas itu turut mencatat kerugian bersih RM2.26 juta berbanding untung bersih RM6.5 juta.
Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif, Sam Lim berkata pada 1HFY23, KESM berada dalam peralihan dengan penggantian peranti sedia ada kepada cip mobiliti elektrik era baharu yang mempunyai lebih banyak fungsi dan ciri.
“Cip baharu tersebut diperlukan untuk kenderaan elektrik (EV) yang melalui pelbagai ujian dan pensijilan untuk pengujian baharu menjejaskan lagi output pengeluaran kami."

Menurut beliau, pembuatan kereta beralih pada kelajuan penuh untuk mengembangkan pasaran EV.
“Kami telah menjangkakan perkembangan ini dan telah melabur hampir RM140 juta, di mana sebahagian besarnya untuk peralatan untuk menguji yang baharu.
"Beberapa pemasangan baharu ini kini telah diluluskan untuk pembuatan dan dijangka terdapat pertumbuhan volum progresif pada akhir tahun ini memandangkan pasaran automotif kekal kukuh," ulasnya. -DagangNews.com








