Kempen Allianz Motorcycle Sweep dilanjutkan sehingga 31 Disember 2022 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kempen Allianz Motorcycle Sweep dilanjutkan sehingga 31 Disember 2022

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 15 Dis - Kempen Allianz Motorcycle Sweep kini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2022, berikutan sambutan hangat daripada para pelanggan.

 

Timbalan Ketua Pegawai Jualan Allianz General, Sazali Abdu Rahman berkata, maklum balas yang diterima adalah sangat positif.

 

"Jadi kami telah memutuskan untuk melanjutkan kempen untuk memberikan peluang kepada lebih ramai pelanggan menjadi pemenang dengan baucar hadiah Aeon bernilai RM72,000 lagi sehingga penghujung Disember," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Terdahulu, pelanggan yang membeli atau memperbaharui polisi Allianz Motorcycle Plus atau Allianz Motorcycle dengan mana-mana ejen Allianz yang bertauliah sekarang sehingga 31 Disember, akan berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dengan 60 keping baucar hadiah Aeon bernilai RM1,200 setiap satu untuk dimenangi.

 

Sepanjang tempoh kempen dari bulan Julai hingga November, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad telah menghadiahkan baucar hadiah Aeon bernilai RM600,000 kepada lebih 330 orang pemenang.

 

Sementara itu, acara terakhir Allianz Sweep Gempak berakhir dengan meriah, dengan Syeah Rizal Ishak dan Umi Nazira Isahak dari Pasukan KRU diumumkan sebagai pemenang pada acara terakhirnya di Aeon Shah Alam baru-baru ini. 

 

Syeah dan Umi, yang disenarai pendek dari Kempen Allianz Motorcycle Sweep dipilih untuk bertanding dalam Allianz Sweep Gempak, mengalahkan sembilan pasukan lain sekaligus memenangi baucar hadiah Aeon sebanyak RM10,000. 

 

 

allianz

 

 

allianz

 

 

Pasukan tersebut juga telah memenangi pertandingan dengan 4,001 markah daripada pusingan cabaran 'sweep' dan tampil menjadi pemenang. 

 

Sembilan pasukan lain telah membawa pulang barangan runcit untuk enam bulan (baucar hadiah RM5,000 dan sebuah troli penuh dengan barangan runcit bernilai RM2,000).

 

Allianz Sweep Gempak telah diadakan di Aeon di Kota Bharu, Bukit Mertajam dan Shah Alam, dari Oktober hingga November tahun ini, dengan 30 orang pemenang membawa pulang baucar Aeon bernilai RM165,000. - DagangNews.com