KUALA LUMPUR 18 April - Menjelang sambutan Aidilftiri dan susulan dari banjir teruk baru-baru ini di Kelantan, Hess Malaysia memberikan bantuan untuk menyokong usaha pemulihan di negeri yang dilanda banjir itu.
Sukarelawan Hess daripada pasukan logistik di Tok Bali telah menghulurkan bantuan kepada komuniti yang terjejas dengan mengedarkan kotak keperluan makanan, termasuk beras, tepung, dan minyak masak, kepada kira-kira 250 keluarga di Rantau Panjang di Pasir Mas dan Kampung Chuchuh Puteri di Kuala Krai.
Selain mengagihkan bekalan asas, sukarelawan Hess Malaysia juga menyerahkan keperluan sekolah kepada kanak-kanak susulan pembukaan semula sekolah pada Mac lalu. Mereka juga dihadiahkan mengejut trak mainan ikonik Hess.
Naib Presiden Asia Hess, Zhiyong Zhao berkata, pihaknya bersimpati atas kerosakan akibat banjir tersebut dan banyak keluarga masih bergelut daripada kesan buruk bencana alam tersebut.
"Sebagai sebuah syarikat dan kakitangan individu, Hess Malaysia ingin tampil ke hadapan dan membantu dalam usaha pemulihan dan pembinaan semula jangka panjang dengan membekalkan keperluan makanan.
Hujan lebat yang berterusan lewat Februari lepas telah menyebabkan negara dilanda banjir. Di Kelantan, lebih 11,000 orang kehilangan tempat tinggal. Pasir Mas merupakan antara daerah yang paling teruk dilanda banjir.


Di Kelantan, Hess Malaysia mengendalikan projek Pembangunan Gas Bersepadu Lembangan Melayu Utara (NMB) yang terletak 300 kilometer di luar pesisir Semenanjung Malaysia.

Projek NMB adalah pembangunan berperingkat bagi pelbagai medan gas yang menyediakan sumber bekalan gas yang penting untuk Semenanjung Malaysia. - DagangNews.com








