Harga minyak sawit mentah dijangka berlegar melebihi RM6,000 satu tan bagi tahun ini - MPOC | DagangNews Skip to main content

Harga minyak sawit mentah dijangka berlegar melebihi RM6,000 satu tan bagi tahun ini - MPOC

KUALA LUMPUR 1 Jun - Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) mengurangkan unjuran pengeluHarga minyak sawit mentah dijangka diniagakan melebihi RM6,000 satu tan bagi tahun ini - MPOCaran minyak sawit bagi tahun ini dengan menambat harganya kekal melebihi RM6,000 satu tan metrik.

 

Menurut laporan Reuters, Timbalan Pengarah MPOC, Mohd. Izham Hassan berkata, pengeluaran Malaysia pada 2022 diunjur 18.6 juta tan metrik, meningkat daripada 18.1 juta tan pada 2021 kerana pekerja asing dijangka masuk dan membantu mengurangkan masalah kekurangan buruh di ladang.

 

"Dunia akan menyaksikan permintaan yang lebih tinggi untuk minyak dan lemak pada 2022, dan pergantungan minyak sawit global akan terus meningkat.

 

"Eksport minyak dan lemak pada tahun ini berkemungkinan hampir 97 juta tan metrik dan bahagian pasaran minyak sawit boleh mencecah setinggi 60%," jelas laporan itu hari ini.

 

Harga minyak sayuran global, termasuk minyak sawit, telah meningkat kepada rekod tahun ini apabila pencerobohan Rusia ke atas Ukraine mengganggu penghantaran minyak bunga matahari dan sekatan eksport yang dilaksanakan pengeluar utama Indonesia, semakin menekan bekalan global.

 

Tambah Mohd. Izham, bekalan yang lebih rendah daripada jangkaan, permintaan yang lebih tinggi, ketidaktentuan harga minyak mentah Brent dan ketegangan geopolitik kekal sebagai faktor dalam menentukan arah harga. 

 

Beliau berkata, MPOC menambat harga penanda aras minyak sawit Malaysia antara RM6,500 hingga RM6,800 satu tan metrik sehingga akhir Julai, sebelum berkurangan kepada RM6,300 hingga RM6,500 satu tan metrik sehingga September apabila Indonesia menarik semula sekatan eksport.

 

"Pembetulan harga bagi semua minyak sayuran dijangka berlaku menjelang akhir suku keempat 2022 tetapi harga minyak sawit berkemungkinan akan diniagakan melebihi RM6,000 satu tan metrik," tambahnya. - DagangNews.com