Gamuda Land sasar 800,000 kunjungi SplashMania pada 2023 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Gamuda Land sasar 800,000 kunjungi SplashMania pada 2023

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 7 Feb - Taman tema air SplashMania berkeluasan 7.28 hektar yang dibina Gamuda Land di Gamuda Cove, Banting, Selangor dijangka menarik seramai 800,000 pengunjung pada tahun ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land, Chu Wai Lune berkata lebih 2,200 pengunjung menjejakkan kaki buat pertama kali pada pelancarannya semalam.

 

Beliau berkata, pengunjung turut merasai pengalaman menuruni gelongsor multimedia dan audio, Shaka Waka yang dilengkapi dengan cahaya LED pertama seumpamanya di Malaysia.

 

"Sebagai perancang bandar, Gamuda Cove bukan sahaja merangkumi projek kediaman, tetapi juga taman, pusat membeli-belah, tempat makan dan tempat bermain. 

 

"Taman tema air ini merupakan tambahan hebat dalam senarai tawaran pembuatan tempat Gamuda Cove, dan kami sangat teruja untuk menawarkan layanan 'Where Nature Meets Fun' SplashMania kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan.

 

Pengurus Besar (Leisure & Hospitality) Gamuda Land, Sanjay Nadarajah pula berkata, menerusi teknologi seperti aplikasi Google Play, ia bukan sahaja membantu mencipta pengalaman lebih selamat untuk tetamu, tetapi memberikan pengalaman yang lancar. 

 

"Proses mengumpul dan membayar pas boleh dilakukan dengan pantas sebelum ketibaan sambil membolehkan pengunjung tidak perlu beratur panjang apabila memesan makanan dan minuman mereka secara dalam talian.

 

 

splashmania

 

 

splashmania

 

 

splashmania

 

 

"Kami yakin bahawa tawaran yang disediakan dapat mencetuskan pengalaman menyeronokkan, tidak dapat dilupakan dan selamat untuk tetamu daripada pelbagai peringkat umur," katanya.

 

Sementara itu, pengunjung boleh menikmati harga 'early bird' bermula pada RM63 untuk kanak-kanak dan warga emas, manakala dewasa dan mereka yang berketinggian melebihi 120 sentimeter boleh membeli tiket pada harga RM79 mulai sekarang hingga 31 Mac 2023.

 

 

splashmania

 

 

SplashMania dibuka pada pukul 10 pagi hingga 6 petang setiap hari, selain daripada Selasa melainkan ia jatuh pada hari cuti umum atau cuti sekolah. - DagangNews.com