foodpanda tawar diskaun 40% sempena perayaan Krismas | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

foodpanda tawar diskaun 40% sempena perayaan Krismas

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 15 Dis - Sempena perayaan Krisman, foodpanda ingin 'Menyebarkan Kegembiraan Seperti Panda', dan menghadiahkan pengguna dengan tawaran diskaun sebanyak 40% bagi pesanan minimum RM25 dengan menggunakan kod 'PESTAPANDA'.

 

Tawaran diskaun untuk masa terhad itu boleh didapati menerusi pembelian di ZUS Coffee, Pizza Hut, Juice Works, Pin Tea, O'Briens Irish Sandwich Cafe.

 

Pada masa sama, pelanggan juga boleh menerima pelbagai ganjaran dan diskaun jika memilih untuk 'dine-in' di restoran seperti Cafe-Cafe, The Bee dan Bestow Cafe.

 

Selain itu, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 15% untuk pembelian set 'LEGO Duplo Floating Red Panda Bath Toy' bernilai RM49.90 di pandamart, sekaligus melayakkan pembeli menerima hadiah percuma.

 

Pembeli yang paling banyak berbelanja berpeluang memenangi set 'LEGO Flower Bouquet' bernilai RM269.90.

 

Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das berkata, falsafah ‘Hidup Gaya Panda’ berteraskan kepada bagaimana pengguna boleh membuat persiapan Krismas dengan tenang, kerana foodpanda akan memenuhi segala keperluan perayaan mereka.

 

"Sama ada pengguna memerlukan hidangan yang lengkap, bahan masakan, mahupun barangan perhiasan rumah, foodpanda berhasrat untuk membolehkan anda menikmati musim perayaan ini tanpa perlu bersusah payah dan bersesak-sesak membeli-belah untuk Krismas. 

 

 

foodpanda

 

 

"Kami dan rakan-rakan kongsi kami sememangnya berasa sangat gembira kerana dapat membawakan pelbagai pilihan yang menarik untuk rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Tempoh kempen bermula dari 16 Disember hingga 29 Disember 2022. - DagangNews.com