Datum Jelatek bakal dilengkapi sistem peranti rumah pintar CENTEXS Commercial | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Datum Jelatek bakal dilengkapi sistem peranti rumah pintar CENTEXS Commercial

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUCHING 13 Jan - CENTEXS Commercial dengan kerjasama pemaju perumahan  terkemuka, Datumcorp International Sdn Bhd bakal dilengkapi dengan perkhidmatan sistem peranti rumah pintar di kediaman rumah kondominium Datum Jelatek, Selangor.

 

Sebagai permulaan, fasa pertama ini melibatkan 500 unit kondominium moden bakal menikmati konsep teknologi digital yang menggunakan arahan suara untuk tujuan memberi arahan atau berinteraksi secara verbal dengan peranti yang mempunyai sambungan internet.

 

Pengurus Besar CENTEXS Commercial, Shahren Yusri berkata, kerjasama sebegini dilihat menjadi platform untuk memperkenalkan perkhidmatan yang terdapat di CENTEXS Commercial. 

 

"Keistimewaan sistem peranti rumah pintar ini diintegrasi oleh lepasan graduan Centre for Technology Excellence Sarawak (CENTEXS)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


 

centexs
Shahren Yusri (dua dari kiri) bersama Mohd Azmil Abd Shukor pada sidang media di Kuching.

 


Idea mengkomersialkan Sistem Peranti Rumah Pintar bermula dengan pelaksanaan Latihan Automasi Bangunan Pintar yang ditawarkan CENTEXS di bawah Akademi Digital sekaligus mewujudkan Bandar Pintar atau Smart City.

 

Tambah beliau lagi, Sistem Peranti Rumah Pintar ini secara tidak lansung meningkatkan keselesaan, jimat tenaga elektri, tahap keselematan terjaga dan memudahkan urusan harian.

 

Kerjasama ini juga antara lain  sejajar dengan manifestasi kepada dasar digital Sarawak.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Datumcorp International Sdn Bhd, Mohd Azmil Abd Shukor berkata, lokasi pembangunan Datum Jelatek ini disifatkan sesuai untuk penganjuran aktiviti dan program melibatkan produk pelancongan makanan dan warisan Sarawak.

 

Setakat ini pusat beli-belah itu telah mempunyai lebih kurang tujuh premis bagi jenama kopi terkemuka dan menyasarkan lebih 30 premis lagi untuk disewakan kepada pengusaha minuman itu termasuk pengusaha industri kecil dan sederhana (PKS) dalam tempoh tiga bulan pertama.

 

Mohd Azmil berkata, pusat komersial tersebut mensasarkan penduduk sekitar Keramat, Setiawangsa dan Ampang telah merekodkan purata seramai 50,000 pengunjung sebulan bagi 2 bulan pertama pembukaannya.

 

DatumCorp International Sdn Bhd (DCI) merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

 

Datum Jelatek ialah pembangunan perintis bercampur DCI yang juga berdasarkan "TOD - Transit Oriented Development" yang mengandungi blok residensi dan komersial yang bersambung terus dengan Stesen LRT Jalan Jelatek.

 

Ruang niaga di dalam komponen komersial ini terdiri dari pelbagai jenama merangkumi barangan keperluan, penjagaan diri, teknologi, barangan elektronik, hiburan serta restoran. - DagangNews.com