COVID-19: Permintaan ruang pejabat menurun | DagangNews Skip to main content

COVID-19: Permintaan ruang pejabat menurun

KUALA LUMPUR 14 Julai – Firma perunding hartanah, Knight Frank Malaysia menjangkakan pandemik COVID-19 terus memberi tekanan kepada paras sewaan dan kepenghunian di dalam pasaran pejabat Lembah Klang yang terlebih bekalan.

Ini menjadi lebih buruk disebabkan jurang antara bekalan dan permintaan semakin membesar disebabkan permintaan lemah untuk ruang pejabat dan bilangan penyewa yang mengecil, menurut dapatan terkini firma itu di dalam Real Estate Highlights bagi Separuh Pertama 2020 (1H2020).

frank

Menurut Knight Frank, rasa ketidaktentuan yang semakin kuat membelenggu rantaian bekalan dan permintaan akan mengakibatkan aktiviti sewa dan transaksi menurun kerana pemiliki perniagaan dan ulasan pelabur membantutkan hasrat mereka.

Bagaimanapun kata laporan itu, pemotongan terbaharu Kadar Dasar Semalaman kepada 1.75% pada Julai 2020 dijangka memberi impak positif bagi menyokong perolehan hartanah, melepaskan tekanan yang dialami.

“Namun, magnitud daripada kesan COVID-19 ke atas pasaran hartanah pada masa ini tidak diketahui dan sebahagian besarnya bergantung kepada soal skala dan tempoh wabak ini berlarutan,’’ kata Knight Frank.

Dalam tempoh kajian, purata kadar sewa yang dicapai di Kuala Lumpur terus di dalam keadaan tertekan pada RM7.23 kaki per segi (psf) sebulan berbanding RM7.28 psf sebulan pada Separuh Kedua 2019 (2H2019).

Bagi pasaran pejabat di pinggir Kuala Lumpur dan Selangor, purata kadar sewa yang dicapai bagi 1H2020 kekal baik masing-masingnya, pada RM5.80 psf sebulan dan RM4.32 psf sebulan, berbanding RM5.80 psf sebulan dan RM4.31 psf sebulan pada 2H2019.

Ini disokong oleh aktiviti pajakan yang aktif dan pergerakan penyewa yang positif, kata laporan itu.

Melangkah ke depan kata laporan itu, bekerja dari rumah mungkin akan menjadi kebiasaan baharu untuk sesetengah orang manakala langkah-langkah penjarakan sosial boleh membawa kepada pertukaran trend pejabat terbuka.

Di samping itu, Knight Frank Malaysia menjangkakan pertambahan bagi ruang pejabat yang kecil.

``Bekerja bersama atau ruang fleksibel mungkin menjadi pilihan bagus bagi penghuni atau perniagaan baharu yang berhasrat untuk memeterai kontrak jangka pendek sebelum menyambung kepada pelan jangka panjang,’’ ujarnya. – DagangNews.com