KUALA LUMPUR 21 April - Bigo Live dengan sukacitanya mengalu-alukan usahawan dan penerbit popular Malaysia, Shaheizy Sam (BIGO ID: ShaheizySam82) bagi penstriman langsung ‘fan meet’ eksklusif untuk satu malam sahaja.
Dianjurkan secara eksklusif di Bigo Live, ‘BIGO Raya Bersama Shaheizy Sam’ akan berlangsung pada hari Khamis, 21 April 2022 jam 10 malam.
Shaheizy adalah seorang selebriti popular di Malaysia, dengan lebih 3.9 juta ‘followers’ di Instagram. Beliau terkenal dalam kalangan penonton Malaysia menerusi wataknya dalam filem seperti Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), serta siri televisyen Adnan Sempit dan Polis Evo.
Walaupun dikenali sebagai pelakon yang amat berbakat, beliau juga mengusahakan 7zikr, sebuah butik yang menjual baju melayu pelbagai gaya tradisional dan moden serta merupakan pengasas Syokotube, jenama coklat di Malaysia.
Melalui ‘BIGO Raya Bersama Shaheizy Sam’, peminat dan penonton akan mendapat peluang khas untuk berinteraksi dengan Shaheizy melalui sesi soal jawab di mana beliau akan menjawab soalan yang dikemukakan oleh penonton-penonton Bigo Live.
Semasa siaran langsung, Shaheizy juga akan mengadakan sesi ‘giveaway’ di mana 30 helai baju melayu akan dihadiahkan kepada peminat-peminat bertuah.
“Saya amat gembira untuk mengambil bahagian dalam acara sambutan Ramadan Bigo Live ini. Pandemik COVID-19 telah menyusahkan rakyat Malaysia dan melalui strim langsung yang akan datang ini, saya berharap untuk menceriakan rakyat Malaysia semasa mereka bersedia untuk menyambut perayaan Aidilfitri yang akan datang.
"Saya tidak sabar untuk bertemu peminat-peminat saya di Bigo Live untuk menikmati aktiviti istimewa ini bersama-sama dengan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Sesi ‘BIGO Raya Bersama Shaheizy Sam’ ini adalah hanya sebahagian daripada acara ‘Selara Ramadan BIGO’, yang berlangsung dari 18 hingga 30 April 2022.
Sepanjang perayaan ini, pengguna Bigo Live akan dapat menyertai dan menonton acara penstriman langsung yang dianjurkan secara khas seperti demonstrasi memasak hidangan popular Malaysia seperti Nasi Lemak, Roti Canai, Redang, Kuih Dadar dan lain-lain.
Acara-acara ini adalah antara usaha berterusan Bigo Live untuk menyebarkan positiviti, kegembiraan dan harapan sepanjang bulan Ramadan yang mulia dan memberi peluang kepada pengguna Malaysia untuk meraikan cuti Aidilfitri akan datang dari keselesaan rumah mereka.
Pengurus Negara BIGO Live Malaysia, Vivian He berkata, bulan Ramadan adalah satu waktu yang penting bagi masyarakat Malaysia di mana setiap ahli keluarga akan berkumpul untuk meraikan perayaan bersama orang tersayang.
"Melalui ‘Selera Ramadan BIGO’ dan acara penstriman langsung bersama Shaheizy Sam yang akan datang, kami berharap untuk menaikkan semangat masyarakat Malaysia dengan menyediakan hiburan berkualiti yang boleh dinikmati dari mana sahaja mereka berada,” katanya.
Untuk menyertai acara penstriman langsung ‘Raya Bersama with Shaheizy Sam’, sila muat turun aplikasi Bigo Live ( boleh didapati di iOS dan Android) dan sila cari ID BIGO: ShaheizySam82. Ikuti Bigo Live di Facebook untuk maklumat lanjut. - DagangNews.com








