KUALA LUMPUR 7 Dis - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan isu semasa di Putrajaya, semalam.
Anwar menerusi hantaran di Facebooknya berkata, beliau menghargai kesudian bekas Perdana Menteri ke-9 itu untuk bertemu dan bertukar pandangan.
"Mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya hari ini.
"Saya hargai kesudian beliau untuk bertemu dan bertukar pandangan terkait pelbagai isu semasa," katanya.
Perdana Menteri juga menzahirkan penghargaan kepada Ismail Sabri atas dukungan dan sokongan yang diberikan.
Anwar mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah di Istana Negara pada 24 November 2022 di Istana Negara. - DagangNews.com








