AirAsia lancar tambang rendah tetap RM299 untuk penerbangan Kuala Lumpur-Sandakan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

AirAsia lancar tambang rendah tetap RM299 untuk penerbangan Kuala Lumpur-Sandakan

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 9 Jan - AirAsia melancarkan penerbangan istimewa pada tambang rendah tetap antara Kuala Lumpur dan Sandakan sempena sambutan Tahun Baru Cina akan datang.

 

Syarikat penerbangan tambang murah itu dalam satu kenyataan berkata, tambang rendah tetap itu berharga RM299 termasuk semua sehala antara kedua-dua laluan itu.

 

Katanya, tempoh tempahan bermula hari ini hingga 26 Januari 2023.

 

"Tempoh perjalanan bermula 18 hingga 21 Januari 2023 dari Kuala Lumpur ke Sandakan, manakala 23 hingga 26 Januari 2023 dari Sandakan ke Kuala Lumpur," katanya.

 

 

airasia

 

 

Menurutnya, tambang tetap termasuk semua yang tertera adalah untuk penerbangan sehala termasuk cukai lapangan terbang, fi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), surcaj bahan api dan caj lain yang berkenaan. - DagangNews.com