KUALA LUMPUR 13 Mac - Pengerang Energy Complex Sdn. Bhd. telah memeterai perjanjian strategik bernilai AS$102 bilion bersama beberapa rakan kongsi untuk projek Kompleks Tenaga Pengerang (PEC), menurut satu kenyataan bersama oleh syarikat tersebut dan ChemOne Group.
Perjanjian pembekalan bahan mentah dan pembelian produk itu dilakukan dengan empat syarikat yang terdiri daripada dua syarikat tenaga terkemuka, Chevron and Equinor serta syarikat minyak Thailand, PTT dan syarikat perdagangan, Mitsui & Co., Ltd, yang akan menyokong keperluan PEC untuk 12 tahun pertama operasinya.
Ketua Pegawai Eksekutif Pengerang Energy Complex, Alwyn Bowden berkata, PEC dijangka beroperasi pada penghujung 2026 dengan jejak karbon terendah bagi setiap tan Paraxylene yang dihasilkan daripada mana-mana kemudahan sedemikian di seluruh dunia justeru menjadi penanda penanda aras penetapan kepesatan industri.
“Perjanjian yang dimeterai ini menandakan keyakinan kukuh daripada pelbagai pihak berkepentingan kami dalam projek itu serta bersedia untuk menjadi pemangkin untuk pengumuman menarik dan kemas kini kemajuan selanjutnya dalam beberapa bulan akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut kenyatan tersebut, perolehan eksport tahunan diramalkan sebanyak AS$5 bilion, mendorong Malaysia meningkatkan lagi rantaian nilai dalam sektor petrokimia.
Di samping itu, permintaan kukuh serantau untuk bahan api dan produk petrokimia hiliran mendorong keluaran hidrogen PEC berpotensi bagi pelaburan hiliran selanjutnya akan membolehkan inisiatif hijau seperti bahan api penerbangan mampan (SAF), biodiesel dan biofuel yang lain.
PEC, yang sedang dibangunkan oleh ChemOne, pemaju projek tenaga dan petrokimia terkemuka berpangkalan di Singapura, bersama rakan kongsi strategiknya, telah direka bentuk untuk mengoptimumkan kecekapan tenaga, meminimumkan keperluan peralatan, dan mengurangkan kesan karbon dan telah dibangunkan sejajar dengan piawaian prestasi Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) dan Prinsip Khatulistiwa 4.
Setelah siap, kemudahan PEC bernilai AS$4.5 bilion (kira-kira RM19.8 bilion) ditetapkan untuk menjadi salah satu yang terbesar dan paling kompetitif serta tenaga dan sumber Kompleks Aromatik cekap di dunia.
Pembiayaan PEC berkemungkinan selesa pada suku berikutnya mengikut terma dan jadual pembiayaan yang dipersetujui dengan agensi kredit eksport (ECA) terkemuka dunia, dengan kemudahan jaminan eksport sekitar AS$2.5 bilion dijangka tersedia untuk menyokong projek itu.
Projek PEC itu terletak di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC), Johor, iaitu pusat untuk mengakses sumber teras bahan mentah antarabangsa dan membekalkan pusat permintaan produk utama di Asia. -DagangNews.com








