274 penduduk Taiping, Batu Kurau dipindahkan ekoran banjir kilat | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

274 penduduk Taiping, Batu Kurau dipindahkan ekoran banjir kilat

Anggota penyelamat membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir di Bukit Gantang dekat Taiping, Perak pada 4 November 2022.
Oleh ZAKI SALLEH 

TAIPING 5 Nov - Sebanyak 9 kampung di Taiping dan Batu Kurau terjejas akibat dilanda banjir kilat sejak malam tadi menyebabkan seramai 274 mangsa terpaksa dipindahkan.

 

Lima pusat pemindahan sementara (PPS) ialah di Surau Kampung Tengah, Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Abdullah, Masjid Changkat Ibol, Masjid Batu 8 Bendang Siam dan Surau Kampung Perak.

 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, setakat pukul 8 pagi tadi pihaknya telah menempatkan anggota bagi memantau keadaan.

 

Menurut jurucakap itu, kawasan yang terlibat seperti Kampung Bukit Cempedak, Kampung Cheh, Kampung Senduk Hulu, Kampung Changkat Ibol dan Kampung Serapoh.

 

"Anggota bomba menggunakan bot dan lori bagi memindahkan mangsa-mangsa banjir ke PPS berhampiran.

 

"Operasi pemantauan dan menyelamat masih dijalankan membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping, Kamunting dan Batu Kurau," ujar jurucakap tersebut.

 

 

banjir
Sukarelawan mengedarkan bantuan makanan kepada penduduk di Kampung Ulu Sepetang.

 

 

Sementara itu, beberapa rumah penduduk sekitar Larut turut dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang turun sejak petang semalam. 

 

Sukarelawan Barisan Nasional Larut juga bergegas ke Kampung Ulu Sepetang dan Kampung Anak Kurau menghantar bekalan makanan serta bekalan air bersih untuk penduduk terjejas. - DagangNews.com