KUALA LUMPUR 13 Dis - Seramai 1,000 peserta menyertai MRANTI MakersFest yang menampilkan inovasi dan teknologi tempatan daripada industri kecil dan sederhana (IKS), para penyelidik serta syarikat pemula.
MRANTI dalam satu kenyataan berkata, peserta terbabit terdiri daripada terdiri daripada pengendali ruang rekaan, inovator, pereka, syarikat pemula, guru dan juga pelajar sekolah.
MRANTI MakersLab menganjurkan 60 inisiatif kesedaran dan kolaboratif sepanjang tahun ini yang memberi kesan kepada lebih 1,000 pelajar dan inovator muda.
Menurutnya, ia berlangsung selama dua hari dan telah membuktikan kejayaan yang memberangsangkan dan pemangkin bagi perkembangan inovasi di Malaysia.
"Inovasi dan kreativiti merupakan kekayaan sebenar untuk sesebuah negara pada abad ke-21.
"Kehebatan sesebuah negara pada zaman teknologi ini diukur melalui keupayaan untuk memupuk sifat inovasi dan dahagakan keinginan untuk mencipta," katanya.
Menurut kenyataan itu, ia menampilkan 38 pempamer, 12 sesi perbincangan kecil and 5 forum.
MakersFest 2022 adalah salah satu usaha berterusan pihak MRANTI untuk memupuk budaya kreativiti dan inovasi dengan memberi penghargaan kepada pencipta dan inovator.
Katanya, antara sorotan menarik MRANTI MakersFest 2022 termasuk penerokaan pereka, ideathon dan perlumbaan kereta jet.
"Bekerjasama dengan Sam Gibbs dari STREAMLine Education, pertandingan Lumba Kereta Jet berjaya dianjurkan dengan hadiah wang tunai bernilai RM1,000," katanya.
Selain itu katanya, para pengajar dan pelajar sekolah berpeluang untuk belajar dari forum mengenai membina ruang reka (Makerspaces) di sekolah dan laluan kerjaya untuk masa hadapan dalam bidang Sainsm Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
"Pelajar universiti dan orang ramai lebih tertarik dengan forum mengenai kemajuan dalam kenderaan tanpa pemandu dan robotik masa depan. - DagangNews.com








