Akhbar Cina: Kor Ming giat gesa orang Cina undi UMNO demi kestabilan Kerajaan Perpaduan | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Apa Kata Media Cina - 3 July 2023

Akhbar Cina: Kor Ming giat gesa orang Cina undi UMNO

Nanyang Siang Pao, Sin Chew Jit Poh & Kwong Wah Yit Poh 

 

 

SEPERTI dijangka, enam negeri sudah membubarkan Dwan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang boleh diadakan seawal-awalnya hujung bulan ini atau Ogos.

 

Pilihan raya kali ini boleh dikatakan sebagai ujian awal kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kejayaan atau kegagalan pilihan raya ini akan memberi implikasi yang mendalam kepada kepimpinannya. Secara luaran, beliau berdepan dengan serangan Perikatan Nasional (PN) dan secara dalaman pula serangan dalam kalangan parti sekutu.

 

Sudah tentu untuk memenangi PRN kali ini, Anwar perlu terlebih dahulu menenangkan dalaman parti barulah dapat berdepan dengan serangan dan tekanan luaran. Sokongan dalaman adalah sangat penting untuk memastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan.

 

Perubahan rejim menyeluruh PH masih tersekat

Ada sebuah analisis tulisan Dr. Chang Teck Peng berjudul ‘Perubahan Rejim Yang Gagal’, melihat Pakatan Harapan (PH) tidak dapat melakukan perubahan rejim.


 

Dr. Chang Teck Peng
               Dr. Chang Teck Peng

 


Hari ini, Kerajaan Perpaduan tidak dapat menghadapi serangan ‘tsunami hijau’ yang jelas kini mulai menimbulkan keresahan.

 

Sama ada Perikatan Nasional (PN) mahupun Kerajaan Perpaduan, 6 PRN ini adalah soal hidup dan mati. Dan akan menentukan situasi politik yang akan mendominasi masa depan.

 

Dua situasi muncul selepas perubahan rejim berlaku. Kerajaan Perpaduan menganjurkan politik liberal dan adat manakala PN pula khususnya PAS menganjurkan politik agama dan perkauman. Kedua-dua blok politik menonjolkan kebolehan mereka dan masih tidak jelas siapa yang akhirnya akan tewas.

 

Mungkin akan berlaku dua keputusan dalam 6 PRN. Satu ialah PN memenangi semua lima negeri kecuali Pulau Pinang. Keduanya, PN dan Kerajaan Perpaduan masing-masing akan memperolehi 3 kemenangan. 

 

Jika berlaku senario pertama, ini membuktikan bahawa ramalan penulis buku adalah benar bahawa politik Malaysia akan dibanjiri ‘tsunami hijau’. Sekiranya senario kedua, Kerajaan Perpaduan masih boleh melaksanakan dasar pusat dan mengekalkan pemikiran politik yang baiik, ‘tadbir urus murni’ Kerajaan Perpaduan tidak akan terhalang.


 

tsunami hijau
Undi Melayu kian condong ke arah Pas yang digelar tsunami hijau

 


Tadbir urus murni berdepan ujian ekonomi

Tadbir urus murni yang dilancarkan oleh Kerajaan Perpaduan sedang menghadapi ujian ekonomi yang teruk.

 

Sama ada kos sara hidup rakyat, kadar inflasi, pasaran saham, pertukaran asing yang teruk, mungkin akan mencetuskan tsunami rungutan orang ramai yang membuatkan Kerajaan Perpaduan merasakan tekanan yang lagi besar.

 

Memandangkan Kerajaan Perpaduan sedang menghadapi tekanan politik yang cukup besar, orang Melayu nampaknya semakin menghampiri ‘tsunami hijau’.

 

Jadi Kerajaan Perpaduan hanya mengharapkan undi kaum Cina dan India, melakukan apa yang terbaik untuk membantu lepas daripada kesulitan.

 

Oleh kerana perubahan rejim ini bukanlah satu integrasi politik yang lengkap, kerana pembentukan kerajaan bergantung kepada UMNO. Jadi UMNO parti yang dicemari rasuah sekali lagi menjadi peluru serangan ‘tsunami hijau’.

 

Walaupun UMNO adalah wira perubahan rejim, namun parti ini dipandang rendah oleh ahli DAP seperti Tony Pua. Akhirnya Kerajaan Perpaduan tidak dapat mengekalkan semangat perpaduan dalam menghadapi ancaman hijau.


 

tony pua
                           TONY PUA

 


Tidak boleh sisih semasa sendiri

Sebenarnya Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming giat menggesa orang Cina perlu keluar mengundi dan meminta orang Cina supaya menjaga UMNO. Ini kerana UMNO hari ini adalah sebuah parti lemah tetapi dapat memberi kekuatan kepada Kerajaan Perpaduan.

 

Kuasa besar yang memusnahkan BN suatu ketika dahulu dan berjaya menakut-nakutkan UMNO untuk membentuk kerajaan. Jika UMNO malangnya kalah dalam PRN dan angkat kaki, nescaya Kerajaan Perpaduan akan hilang kestabilannya.

 

Penubuhan Kerajaan Perpaduan bukan untuk menyisihkan, tetapi untuk bertolak ansur antara satu sama lain. Jadi membuat provokasi terhadap UMNO pada hari ini, hanya akan menghancurkan Kerajaan Perpaduan.

 

Memandangkan UMNO tidak menjawab sebarang kenyataan yang memperkecilkan parti itu, tetapi orang Melayu mendengar dan memendam. Keadaan ini pasti akan memberi manfaat kepada PN.

 

PH boleh mengubah rejim pemerintahan melalui UMNO, ini adalah satu pencapaian politik yang susah berlaku. Meskipun ada kepincangan, namun ia membawa kepada pembentukan tiga kaum utama dalam bersama-sama mentadbir negara.


 

tnb

 


Sesiapa yang tidak bersetuju dengan falsafah politik Kerajaan Perpaduan harus diketepikan. 6 PRN yang bakal berlangsung pasti akan menjelaskan hala tuju dan masa depan parti politik.

 

Walaupun ini bukan Pilihan Raya Umum (PRU), namun ia berkaitan dengan kebangkitan dan kejatuhan parti-parti politik di masa hadapan.

 

Tidak kira parti politik mana yang menang dalam 6 pilihan raya negeri, rakyat tetap akan menjadi yang paling rugi. Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya, setiap parti dan ahli politik pasti lebih memahaminya.

 

Jadi dalam tempoh berkempen, usah bermain dengan isu yang akan mencetuskan provokasi antara kaum, memusnahkan keharmonian. Tiada makna jika menang, tetapi keharmonian negara porak peranda. - DagangNews.com

 

Artikel ini disiarkan di dalam akhbar Sin Chew Jit Poh, Nanyang Siang Pao dan Kwong Wah Yit Poh 29 Jun - 1 Julai 2023, dan telah diterjemah oleh Ninie atau nama sebenarnya, Rosni Mahadi yang merupakan penterjemah profesional termasuk di pelbagai jabatan kerajaan sebelum ini. 

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL APA KATA MEDIA CINA

dagangnews

 

Portfolio Tags