KIP REIT catat pendapatan hartanah bersih 3Q melonjak 52% didorong prestasi kukuh
KUALA LUMPUR 22 April — KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT) melaporkan peningkatan 51.9 peratus dalam pendapatan hartanah bersih (NPI) iaitu melonjak bagi suku ketiga FY25, mencecah RM27.48 juta, berbanding RM18.09 juta pada tahun sebelumnya.






