Untung bersih MHB pada 1QFY25 naik 17% kepada RM12.24 juta didorong segmen kejuruteraan berat
KUALA LUMPUR 27 Mei — Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (MHB) mencatatkan keuntungan bersih bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025 sebanyak RM12.24 juta, meningkat 17.41 peratus berbanding RM10.42 juta pada tempoh sama tahun lalu.






