KUALA LUMPUR 4 Julai - Harga minyak sawit mentah dijangka menurun secara beransur-ansur pada separuh kedua 2022 ekoran kebimbangan tekanan inflasi global setelah ia merekodkan paras tertinggi pada tempoh separuh pertama.
KUALA LUMPUR 4 Julai - MIDF Research menjangkakan ketidakstabilan harga bahan mentah di pasaran tidak akan menjejaskan margin keuntungan Gamuda Berhad.
KUALA LUMPUR 4 Julai - MIDF Research menjangkakan langkah MY EG Services Berhad menerokai bidang teknologi blockchain akan membuka jalan untuk pertumbuhan jangka panjang yang lebih stabil berbanding perniagaan sedia ada.
KUALA LUMPUR 4 Julai - Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), Rabu ini.
KUALA LUMPUR 4 Julai - Inisiatif Malaysia Digital yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini adalah isyarat kepada dunia bahawa Malaysia bersiap siaga untuk meletakkan negara di saf hadapan dalam sektor ekonomi digital.
KUALA LUMPUR 4 Julai - Kaji selidik Aruba, sebuah syarikat Hewlett Packard Enterprise mendapati dua daripada tiga pengeluar di Malaysia mengutamakan inovasi dan automasi untuk kecekapan dan daya tahan operasi yang lebih besar sejak 12 bulan lalu.
KUALA LUMPUR 4 Julai - Penyelidikan Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata anugerah kontrak domestik bagi sektor pembinaan pada separuh tahun pertama (1H22) adalah berjumlah RM4.5 bilion (-49% y-o-y).
KOTA BHARU 3 Julai - Seramai 50,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) peringkat negeri Kelantan yang dijadualkan berlangsung pada 22 hingga 24 Julai depan di Stadium Sultan Muhammad IV.
KUALA LUMPUR 3 Julai - Yinson Holdings Bhd., menerusi PTSC Asia Pacific Pte Ltd (PTSC AP), syarikat usaha sama dengan PetroVietnam Technical Services Corporation (PTSC) menerima lanjutan kontrak selama 12 bulan bagi sewaan bot kosong untuk kemudahan penyimpanan dan pemindahan pe
PASIR SALAK 3 Julai - Kerajaan tidak akan membiarkan rakyat ‘ikat perut’ dalam isu kenaikan harga barang, sebaliknya akan mencari jalan bagi menyelesaikannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
KUALA LUMPUR 3 Julai - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd menganugerahkan projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) bernilai RM1.97 bilion kepada Gamuda Bhd.
KUALA LUMPUR 3 Julai - Anak syarikat milik 70 peratus G Capital Bhd (GCAP), Solarcity Malaysia Sdn Bhd (SMSB), telah menyiapkan dan memulakan operasi sistem penjanaan kuasa elektrik fotovoltaik solar 7.0 MWp di Batu Pahat, Johor untuk Evergreen Fibreboard Bhd selepas menandatanga