PERSAINGAN hebat yang wujud dalam era digital pada hari ini boleh mengakibatkan wujudnya jurang yang sangat besar khususnya dalam dunia perniagaan sekiranya masih ada pihak yang tidak mengambil peduli akan kepentingannya.
KUALA LUMPUR 18 Julai - Tindakan peniaga menggunakan minyak masak paket bersubsidi 1 kilogram (kg) untuk tujuan perniagaan termasuk perniagaan kecil-kecilan seperti pisang goreng adalah menyalahi undang-undang.
KUALA LUMPUR 18 Julai - Kumpulan Syarikat Naim bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) dalam melaksanakan dan mengurus Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) di Kuching Paragon.
KUALA LUMPUR 18 Julai - Eversendai Group Bhd. menjangkakan nilai kontrak pembinaannya akan meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang, setelah memperoleh kontrak baharu berjumlah RM1.6 bilion.
KUALA LUMPUR 18 Julai - Perbincangan kerajaan dan pihak Indonesia mengenai isu pembekuan pekerja asing dari negara itu sudah dimulakan hari ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
KUALA LUMPUR 18 Julai - Southern Cable Group Berhad menerusi anak syarikatnya, Southern Cable Sdn. Bhd. menerima surat anugerah (LOA) daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi membekalkan kabel dan konduktor bawah tanah bernilai RM293.8 juta.
KUALA LUMPUR 18 Julai - Seramai 28 stokis dan MiraGas Gas Pertoleum Cecair (LPG) dari Perak, Pulau Pinang dan Kedah menyertai Konvensyen Pengedar LPG 2022 anjuran NGC Energy Sdn. Bhd.
KUALA LUMPUR 18 Julai - Orang ramai disarankan untuk beralih kepada protein berasaskan tumbuhan seperti Cendawan Eryngii keluaran HeveaGro Sdn. Bhd. bagi mendepani kekurangan bekalan ayam di pasaran.
KUALA LUMPUR 18 Julai - Haleon hari ini mengumumkan pelancaran syarikat tersebut sebagai sebuah syarikat bebas yang menumpukan 100% terhadap kesihatan pengguna, menyelesaikan pengasingannya daripada GSK.
KUALA LUMPUR 18 Julai - MAGGI hari ini memperkenalkan kempen ‘Sajian Seimbang Tanda Sayang’ untuk menggalakkan pemakanan seimbang dalam kalangan warga Malaysia dan juga sebagai meraikan kreativiti kulinari ibu dalam menyediakan hidangan lebih sihat untuk keluarga mereka.
KUALA LUMPUR 18 Julai - Artroniq Berhad telah menandatangani perjanjian pembelian saham (CSPA) untuk mengambil alih 60% pegangan ekuiti dalam syarikat kejuruteraan Fujim Digital Sdn. Bhd. dengan nilai RM12 juta.
JAKARTA 18 Julai - Indonesia telah membatalkan levi eksportnya untuk semua produk minyak sawit sehingga 31 Ogos ini dalam usaha terbaharu untuk meningkatkan eksport dan mengurangkan inventori yang tinggi, kata pegawai Kementerian Kewangannya semalam, sambil menambah langkah itu t