KUALA LUMPUR 6 Ogos - Ahli perniagaan Datuk Seri Tee Yam @ Koo Tee Yam telah meningkatkan pegangan sahamnya dalam Caely Holdings Bhd kepada 19.12%, merapatkan jurang dengan pemegang saham terbesar kumpulan itu Datuk Seri Goh Choon Kim, yang memegang 21.05% kepentingan.
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Datuk Seri Koe Peng Kang akan berundur daripada jawatannya sebagai timbalan presiden dan ketua pegawai operasi (COO) SP Setia Bhd.
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Jardine Cycle & Carriage Ltd (Jardine CCL) yang berpangkalan di Singapura telah meningkatkan pegangannya dalam Cycle & Carriage Bintang Bhd (CCB) kepada 91% dalam percubaan kali ketiganya untuk mengambil alih pengedar kereta Mercedes-Benz itu.
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Wakil persatuan e-hailing dan p-hailing akan bertemu Menteri Pengangkutan dan Menteri Sumber Manusia bagi membincangkan isu yang dihadapi mereka.
KUCHING 6 Ogos - Kementerian Kerja Raya (KKR) komited dalam memainkan peranan perkasakan penguasaan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah, mahupun golongan belia di Sarawak.
KUCHING 6 Ogos - Lebih daripada 1,500 pengunjung ke Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Dataran Perayaan, Petrajaya hari ini berpeluang merasai dan mempelajari sendiri pengalaman ditemubual secara langsung di pameran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Green Packet Bhd. memeterai perjanjian jualan saham (SSA) untuk memperoleh 20% kepentingan dalam eMedAsia Sdn. Bhd. daripada HS Bio Sdn. Bhd. dengan pertimbangan pembelian berjumlah RM20 juta.
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam melaksanakan semua langkah perlu bagi memastikan projek Littoral Combat Ship (LCS) akan siap demi kepentingan pertahanan negara.
MIRI 5 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual merasmikan pembukaan projek Lebuh raya Pan Borneo seksyen Pujut pada Ahad ini (7 Ogos), sebagai sebahagian daripada jadual lawatan pertamanya ke bandar ini.
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) naik kepada AS$109.2 bilion setakat 29 Julai 2022 daripada AS$107 bilion dicatatkan pada 15 Julai 2022.