Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pengelasan semula data diyakini beri gambaran sebenar dagangan di Bursa Malaysia, kata CIMB Securities

KUALA LUMPUR 7 April — Langkah pengelasan semula data dagangan oleh Bursa Malaysia mendedahkan gambaran sebenar situasi pasaran yang sebelum ini mungkin tersasar, menurut CIMB Securities.

Tawaran IJM gagal: Sunway dijangka terus buru peluang gabung, ambil alih syarikat strategik lain pada masa akan datang – RHB Research

KUALA LUMPUR 7 April – Sunway Bhd masih mengekalkan prospek pertumbuhan yang kukuh walaupun tawaran pengambilalihan terhadap IJM Corp Bhd gagal mendapat sokongan pemegang saham, kata RHB Research.

 

Cape EMS kuasai 70% ekuiti Cape Wibawa, perluas jejak RE di Sarawak

KUALA LUMPUR 7 April - Cape EMS Berhad memperkukuh kehadirannya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui (RE) menerusi pengambilalihan 70% kepentingan ekuiti dalam Cape Wibawa (Sarawak) Sdn Bhd (CWS) pada harga RM70,000.

 

Reneuco berisiko dinyahsenarai dari Bursa Malaysia selepas permohonan lanjutan masa pelan pemulihan ditolak

KUALA LUMPUR 7 April – Reneuco Bhd kini berdepan risiko digantung dan dinyahsenaraikan daripada Bursa Malaysia selepas permohonannya untuk mendapatkan lanjutan masa bagi mengemukakan pelan pemulihan syarikat ditolak.

 

Kejatuhan teruk pasaran telefon pintar global gugat pertumbuhan industri semikonduktor — MBSB Research

KUALA LUMPUR 7 April — Kemerosotan teruk pasaran telefon pintar global, berpotensi menggugat momentum pertumbuhan pesat industri semikonduktor sepanjang tahun ini, menurut MBSB Research.

Cypark perlu jana RM600 juta hasil EPCC setahun untuk capai titik pulang modal — BIMB Securities

KUALA LUMPUR 7 April - Cypark Resources Bhd diunjur masih perlu menjana antara RM600 juta hingga RM700 juta hasil tahunan daripada segmen kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bagi mencapai tahap pulang modal, meskipun baru memperoleh projek berskala besar be

Ketegangan di Timur Tengah dijangka dorong pemilik pusat data pindahkan operasi ke Johor, peluang untuk Gamuda, Sunway & Binastra - RHB Research

KUALA LUMPUR 7 April – Ketegangan yang berterusan di Timur Tengah antara Amerika Syarikat-Israel dan Iran mendorong beberapa syarikat besar pengendali pusat data untuk mempertimbangkan pemindahan operasi ke Asia, termasuk Malaysia, kata RHB Research.

 

Penggabungan tidak menjadi, membolehkan IJM muncul lebih kukuh - penganalisis

KUALA LUMPUR 7 April — Kegagalan tawaran pengambilalihan sukarela (VTO) oleh Sunway Berhad ke atas IJM Corporation Berhad membuka semula persoalan dalam kalangan pelabur, menurut penganalisis.

Sunway hormati keputusan pemegang saham IJM, kekal fokus cipta nilai jangka panjang

KUALA LUMPUR 7 April - Sunway Bhd menghormati keputusan para pemegang saham IJM Corp Bhd yang sebahagian besarnya menolak tawaran pengambilalihan bersyarat daripada kumpulan itu serta keseluruhan proses yang telah berlangsung, sambil menegaskan komitmennya untuk terus melaksanaka

Jual RM3.71 juta pegangan, Mettiz Capital bukan lagi pemegang saham utama Hibiscus Petroleum

KUALA LUMPUR 7 April – Mettiz Capital bukan lagi pemegang saham utama dalam Hibiscus Petroleum Berhad selepas melupuskan sebahagian pegangannya dalam syarikat tersebut.

 

MINDEF rancang tambah dron ANKA-S perkukuh pengawasan udara negara

KUALA LUMPUR 7 April - Kementerian Pertahanan (MINDEF) dijangka menambah perolehan sistem pesawat tanpa pemandu (UAS) ANKA-S buatan Turkiye bagi memperkukuh keupayaan pengawasan udara negara.

 

​​​​​​​RM1 Juta dalam ASB: Selamat, Tetapi Cukupkah?

Bagi sebahagian pelabur yang telah mengumpul simpanan besar melepasi RM1 juta, persoalan kewangan tidak lagi sama seperti di peringkat awal. Ia bukan lagi tentang bagaimana untuk menyimpan, tetapi bagaimana untuk mengurus dan mengoptimumkan.

 

Ijarah: Dari Sewaan ke Pemilikan Patuh Syariah yang Bernilai Tinggi

Perkembangan kewangan Islam pada hari ini memperlihatkan pelbagai kontrak Syariah diaplikasikan secara inovatif bagi memenuhi keperluan pasaran moden.

 

Subscribe to Terkini