Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pan Merchant meterai perjanjian taja jamin dengan Affin Bank menjelang IPO di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR 7 Mei – Pan Merchant Bhd, memeterai perjanjian taja jamin bersama Affin Hwang Investment Bank Bhd bagi tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

 

Malaysia guna pendekatan teliti, berhemah tangani isu Tarif AS - PM Anwar

KUALA LUMPUR 7 Mei (Bernama) - Kerajaan mengambil pendekatan yang teliti dan berhemah dalam menangani isu tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), dengan mengutamakan rundingan diplomatik serta kerjasama serantau.

 

Tasco berkemungkinan catat penurunan hasil sehingga 5% pada FY26 didorong permintaan lemah - MIDF Research

KUALA LUMPUR 7 Mei — Hasil Tasco Berhad berkemungkinan menurun untuk dua tahun berturut-turut dengan ramalan penyusutan masing-masing sebanyak lima peratus dan satu peratus pada FY26 serta FY27, kata MIDF Research.

Lotte Chemical Titan dianggar terus berdepan masalah kewangan dalam masa terdekat - CIMB Securities

KUALA LUMPUR 7 Mei - Syarikat petrokimia, Lotte Chemical Titan Holding Bhd (LCT) dijangka terus berdepan masalah kewangan dalam masa terdekat walaupun kerugian operasinya untuk suku pertama 2025 berkurang berbanding tahun lepas.

 

Pantech Group diramal catat prestasi lebih lemah pada FY26 disebabkan penyusutan jualan, kata Phillip Capital

KUALA LUMPUR 7 Mei - Pantech Group Holdings Bhd diramal mencatatkan prestasi lebih lemah bagi tahun kewangan 2026 (FY26) disebabkan penyusutan jualan daripada bahagian perdagangannya.

 

Equinix lengkapkan fasa kedua pusat data KL1, sokong pertumbuhan digital Malaysia dan rantau ASEAN

KUALA LUMPUR 7 Mei – Equinix Inc menyiapkan fasa kedua pusat data KL1 International Business Exchange (IBX) di Kuala Lumpur, untuk menyokong pertumbuhan ekonomi digital Malaysia dan rantau ASEAN.

 

Hasil Gas Malaysia diunjur lebih lemah pada 1QFY25 disebabkan faktor bermusim - Kenanga

KUALA LUMPUR 7 Mei — Gas Malaysia Berhad diunjur mencatatkan hasil lebih lemah pada suku pertama 2025, yang akan dilaporkan menjelang akhir bulan ini, terutamanya disebabkan faktor bekalan bermusim dan penurunan harga gas, kata Kenanga.

Pendapatan Frontken dianggar susut sehingga 9% antara 2025 hingga 2027 - Phillip Capital

KUALA LUMPUR 7 Mei - Pendapatan Frontken Corp Bhd dijangka turun antara 3% hingga 9% bagi tahun 2025 hingga 2027 susulan prestasi suku pertama yang lebih lemah daripada jangkaan.

 

Batik Air hentikan penerbangan ke Pakistan, India selama dua hari berikutan ketegangan kedua-dua negara

KUALA LUMPUR 7 Mei – Batik Air membatalkan beberapa penerbangan dari Pakistan dan India pada 7 Mei dan 8 Mei susulan peningkatan ketegangan antara kedua-dua negara akibat konflik ketenteraan.

 

Segmen hartanah diyakini kekal sebagai pemacu utama pendapatan Gadang, kata TA Securities

KUALA LUMPUR 7 Mei - Segmen hartanah diyakini kekal sebagai pemacu utama pendapatan Gadang Holdings Berhad disokong insentif jualan menarik serta penetapan harga yang agresif, kata TA Securities.

 

Untung bersih SD Guthrie pada 1QFY25 melonjak kepada RM567 juta didorong prestasi huluan kukuh

KUALA LUMPUR 7 Mei — Untung bersih SD Guthrie Berhad pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) melonjak lebih dua kali ganda kepada RM567 juta berbanding RM211 juta pada 1QFY24 didorong prestasi lebih baik dalam segmen huluan.

Digital Penang, FinHero bekerjasama bantu PMKS dapatkan akses pembiayaan lebih mudah

KUALA LUMPUR 7 Mei – Digital Penang dan FinHero memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) strategik untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Pulau Pinang mendapatkan akses pembiayaan yang lebih mudah dan fleksibel.

 

MR DIY dijangka catat prestasi kukuh pada FY25, kata CIMB Securities

KUALA LUMPUR 7 Mei - MR DIY Group (M) Bhd dijangka mencatat prestasi kewangan kukuh bagi FY25, dengan keuntungan bersih teras disasar meningkat sebanyak 8.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

 

Subscribe to Terkini