Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

ASEAN akan terima pakai Deklarasi KL mengenai Penggunaan Media Sosial Selamat Dan Bertanggungjawab Oktober Ini – Fahmi

TOKYO 31 Mei (Bernama) - Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Penggunaan Platform Media Sosial yang Selamat dan Bertanggungjawab untuk ASEAN akan dimuktamadkan secara rasmi semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober 2025, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

 

Meta Bright catat peningkatan hasil 222% kepada RM175 juta pada 9MFY25

KUALA LUMPUR 30 Mei – Meta Bright Group Berhad mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 222% kepada RM175 juta bagi suku sembilan bulan berakhir 31 Mac 2025 (9MFY25), berbanding RM54.36 juta pada suku yang sama tahun lalu.

 

Jaya Tiasa beli tanah di Sibu berharga RM100 juta bagi pembangunan bercampur

KUALA LUMPUR 30 Mei - Jaya Tiasa Holdings Bhd menerusi Jaya Tiasa Property Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli (SPA) dengan Yemas Development Sdn Bhd bagi pembelian empat lot tanah berharga RM100 juta bagi pembangunan bercampur di Sibu, Sarawak. 

 

Axiata lantik Didi Syafruddin sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas berkuat kuasa 1 Jun 2025

KUALA LUMPUR 30 Mei — Axiata Group Berhad melantik Didi Syafruddin Yahya sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas (INED), berkuat kuasa 1 Jun 2025.

ECRL sempurnakan pemasangan penuh Sistem CIS pertama di stesen KotaSAS

KUALA LUMPUR 30 Mei – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencatat kemajuan apabila pemasangan penuh Sistem Komunikasi, Informasi dan Semboyan (CIS) berjaya disempurnakan di Stesen ECRL KotaSAS, menjadikannya stesen pertama dilengkapi sistem berteknologi tinggi itu.

MBM Resources catat penurunan untung, namun dividen kekal menarik - penganalisis

KUALA LUMPUR 30 Mei - Pasaran mula berhati-hati menilai semula prospek masa depan MBM Resources Bhd (MBMR) selepas syarikat itu mengumumkan keputusan kewangan suku pertama berakhir 31 Mac 2025, yang menunjukkan penurunan keuntungan dan pendapatan.

 

Yinson catat lonjakan 66% untung bersih setelah cukai operasi di Belanda diselaraskan

KUALA LUMPUR 30 Mei — Yinson Holdings Berhad melaporkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 66 peratus bagi tahun kewangan 2025 kepada RM1.2 bilion setelah menyelaraskan percukaian operasi luar pesisirnya di Belanda.

AirAsia tersenarai dalam 24 jenama penerbangan global teratas dunia, bernilai RM8.19 bilion - Brand Finance 

KUALA LUMPUR 30 Mei – AirAsia disenaraikan sebagai jenama syarikat penerbangan ke-24 paling bernilai di dunia dan ketujuh di Malaysia, menurut laporan Brand Finance Malaysia 100 tahun 2025.

 

Reach Ten umum dividen pertama, catat untung RM7.12 juta pada 1QFY25

KUALA LUMPUR 30 Mei - Reach Ten Holdings Bhd mengumumkan dividen interim pertama sebanyak satu sen sesaham selepas disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 2 Mei 2025. 

 

Bintulu Port catat penurunan untung bersih sebanyak 36% berikutan kurang aktiviti pelabuhan

KUALA LUMPUR 30 Mei — Bintulu Port Holdings Berhad mencatatkan kemerosotan keuntungan bersih lebih 36 peratus pada suku pertama, berikutan kekurangan aktiviti pelabuhan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih tinggi.

Untung bersih Bank Islam merosot 3.4% kepada RM126.27 juta pada 1QFY25

KUALA LUMPUR 30 Mei - Keuntungan bersih Bank Islam Malaysia Berhad pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) merosot 3.4% kepada RM126.27 juta berbanding RM130.73 juta pada suku sama tahun sebelumnya. 

 

Kos bahan mentah tinggi, AmInvest ramal jualan Oriental Kopi susut

KUALA LUMPUR 30 Mei — Potensi jualan Oriental Kopi Holdings Berhad diunjur dalam situasi penyusutan disebabkan oleh faktor peningkatan kos bahan mentah ditanggung kumpulan tersebut, kata AmInvestment Bank Research (AmInvest).

 

Keuntungan Gabungan AQRS diyakini meningkat disokong projek infrastruktur, hartanah - RHB Research

KUALA LUMPUR 30 Mei - Keuntungan Gabungan AQRS Bhd dijangka meningkat pada masa depan, disokong oleh pelaksanaan projek infrastruktur dan hartanah penting, selepas mencatat keputusan yang lemah dalam sembilan bulan hingga 31 Mac 2025.

 

Subscribe to Terkini