Berjaya Corp jual keseluruhan saham dalam Citaglobal kepada Detik Ria milik Tunku Tun Aminah berharga RM42.6 juta
KUALA LUMPUR 23 Jun - Berjaya Corporation Bhd menjual keseluruhan pegangan 8.64% dalam Citaglobal Bhd pada nilai RM42.56 juta kepada Detik Ria Sdn Bhd, syarikat yang dikawal oleh kerabat diraja Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.






