KUALA LUMPUR 19 Dis - Pestech International Bhd, kini anak syarikat Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd, mencadangkan satu skim pengaturan yang melibatkan pembayaran tunai pendahuluan sekali sahaja sebanyak RM65 juta untuk menyelesaikan hutang tertunggak RM267 juta.
KUALA LUMPUR 19 Dis - YTL Power International Bhd berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemukan sebarang salah laku anak syarikat milik 60% kumpulan itu, YTL Communications Sdn Bhd, berkaitan projek 1BestariNet.
KUALA LUMPUR 18 Dis - Advancecon Holdings Berhad, menerusi anak syarikat milik penuhnya, Advancecon Infra Sdn. Bhd., telah dianugerahkan kontrak RM417.7 juta oleh Advancecon Development Sdn. Bhd., sebuah lagi anak syarikat milik penuh tidak langsungnya.
KUALA LUMPUR 18 Dis — Jumlah miskin tegar di Malaysia telah menurun kepada 2,191 keluarga setakat November tahun ini, penurunan ketara daripada 91,789 keluarga yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.