KUALA LUMPUR 18 Dis - Untung bersih Poh Kong Holdings Bhd meningkat 12.3% kepada RM21.34 juta bagi suku pertama berakhir 31 Oktober 2024 (1QFY2025), daripada RM19 juta setahun lalu, hasil aliran menaik keseluruhan harga emas.
KUALA LUMPUR 18 Dis - Kumpulan Perangsang Selangor Bhd, syarikat milik kerajaan Selangor memfailkan rayuan terhadap taksiran cukai keuntungan modal (CGT) dan penalti berjumlah RM7.9 juta oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
HONG KONG 17 Dis — Ningbo Deye Technology, pengeluar penyongsang kuasa China, mengumumkan rancangan untuk melabur sehingga AS$150 juta (RM668 juta) bagi membina pangkalan pembuatan baharu peralatan solar di Malaysia.
KUALA LUMPUR 17 Dis - Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) bersedia melabur hampir RM1 bilion untuk membiayai pembinaan dua loji rawatan air di Seberang Perai, Pulau Pinang, bermula pada 2025.
KUALA LUMPUR 17 Dis - Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat (FOI) akan dibentangkan di Parlimen tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.