UEM Sunrise umum pelantikan Shaharul Farez sebagai MD/CEO, Grace Yap anggotai Lembaga Pengarah
KUALA LUMPUR 28 Okt – UEM Sunrise Berhad mengumumkan dua pelantikan strategik dalam kepimpinannya iaitu Shaharul Farez Hassan sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif (MD/CEO) dan Grace Yap Mei Wan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas kepada Lembaga Pengarahnya.






