Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Synergy House dijangka pulih mulai FY2027F dipacu segmen perniagaan kepada pengguna - BIMB Securities

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Synergy House Bhd dijangka mencatat pemulihan pendapatan secara beransur-ansur mulai tahun kewangan 2027 (FY2027F), disokong pemulihan segmen perniagaan kepada pengguna (B2C), pengurusan inventori yang lebih baik serta peningkatan margin.

 

Nilai kerja pembinaan meningkat 8.8% kepada RM47.8 bilion pada 2Q26 - DOSM

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Nilai kerja yang dilaksanakan dalam sektor pembinaan meningkat 8.8% tahun ke tahun kepada RM47.8 bilion pada suku kedua 2026 (2Q26), mengekalkan momentum stabil selepas mencatat pertumbuhan 8.5% pada 1Q26, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pengeluaran getah asli Malaysia melonjak 31.5 peratus pada Jun 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 31.5 peratus kepada 26,553 tan pada Jun 2026 daripada 20,198 tan pada Mei 2026.

 

LPI Capital catat untung bersih RM66.86 juta pada 2Q26, umum dividen keseluruhan 90 sen sesaham

KUALA LUMPUR 13 Ogos - LPI Capital Berhad mencatatkan keuntungan bersih RM66.86 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 (2Q26), susut daripada RM83.17 juta pada suku sama tahun sebelumnya selepas segmen insurans am merekodkan kerugian nilai saksama bersih daripada pelaburannya.

Gamuda peroleh kontrak EPC RM1.64 bilion, projek solar dan bateri di Australia

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Gamuda Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya di Australia, DT Infrastructure Pty Ltd (DTI), memperoleh dua kontrak kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) bagi projek hibrid solar dan bateri Ganymirra serta Majors Creek di Queensland, Australia, den

MN Holdings raih kontrak RM71.02 juta daripada TNB bina pencawang masuk utama di Cameron Highlands

KUALA LUMPUR 13 Ogos - MN Power Transmission Sdn Bhd (MNPT), anak syarikat milik penuh MN Holdings Bhd (MN Holdings), memperoleh kontrak bernilai RM71.02 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi pembinaan Pencawang Masuk Utama (PMU) baharu di Blue Valley, Cam

KPK mahu perkukuh sektor agrikomoditi, naikkan pendapatan pekebun kecil - Dr Noraini

PUTRAJAYA 13 Ogos - Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) mahu memperkukuh keseluruhan ekosistem agrikomoditi dengan memberi tumpuan bukan sahaja kepada pengeluaran, tetapi juga peningkatan produktiviti, penggunaan teknologi, pembangunan produk hiliran, peluasan pasaran dan

Perbelanjaan infrastruktur AI, agenda pendigitalan kerajaan pacu pertumbuhan VSTECS, kata BIMB Securities

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Peningkatan perbelanjaan dalam infrastruktur kecerdasan buatan (AI), ditambah dengan agenda pendigitalan kerajaan dijangka menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan pendapatan VSTECS Bhd dalam tempoh akan datang, kata BIMB Securities.

SACC kini dikenali sebagai Selangor International Trade Centre

SHAH ALAM 13 Ogos  - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini mengumumkan penjenamaan semula Shah Alam Convention Centre (SACC) kepada Selangor International Trade Centre (SITC), sebagai sebahagian daripada pelan pembangunan SA Sentral

Malaysia masih berdepan isu kemahiran tidak sepadan dengan kehendak majikan, kata Jobstreet

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Malaysia masih berdepan isu kemahiran pekerja tidak sepadan atau memiliki kemahiran yang diperlukan dalam bidang yang mencatatkan peningkatan permintaan, menurut Jobstreet by SEEK Malaysia.

 

IOI Corp beralih kepada jentera EV, tingkatkan kecekapan kos dan margin kumpulan - Phillip Capital

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Penggunaan meluas jentera berkuasa elektrik (EV) dijangka menjadi antara pemacu utama peningkatan kecekapan operasi IOI Corporation Bhd (IOI), khususnya dalam aktiviti penuaian dan pengurusan ladang, sekali gus membantu pengembangan margin keuntungan, menur

Pemenang NEA 2026 catat penjimatan kos tenaga RM48.82 juta setahun

PUTRAJAYA 13 Ogos - Sebanyak 50 pemenang Anugerah Tenaga Negara (NEA) 2026 secara kolektif mencatat penjimatan kos tenaga RM48.82 juta setahun ketika organisasi daripada pelbagai sektor memperluas penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan langkah kecekapan tenaga.

 

Southern Score mampu raih RM16 juta daripada kontrak pusat data Puncak Alam - Phillip Capital

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Southern Score Builders Bhd (SSB) mampu meraih keuntungan bersih sekitar RM16 juta sepanjang tempoh kontrak bernilai RM105 juta bagi kerja elektrik pusat data (DC) di Puncak Alam, dengan andaian margin keuntungan bersih sebanyak 15%.

 

Subscribe to Terkini