Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Eita raih kontrak RM62 juta naik taraf lif, eskalator stesen LRT Gombak-Kelana Jaya

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Eita Resources Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya, Eita Elevator (Malaysia) Sdn Bhd menerima kontrak bernilai kira-kira RM62.3 juta daripada Prasarana Malaysia Berhad bagi kerja menaik taraf lif dan eskalator stesen di sepanjang l

Sunway REIT terus kukuh, hasil 2QFY26 naik 4.2% kepada RM220.3 juta

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Sunway Real Estate Investment Trust (Sunway REIT) meneruskan momentum pertumbuhan yang berdaya tahan pada suku kedua tahun kewangan 2026 (2QFY26), dipacu terutamanya prestasi kukuh segmen peruncitan, selain sumbangan lebih baik daripada hotel dan aset perin

Industronics berdepan tuntutan sehingga AS$5.15 juta oleh Bluemount Investment

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Industronics Berhad berdepan tuntutan sivil sehingga AS$5.152 juta yang berpunca daripada pinjaman AS$4.6 juta daripada Bluemount Investment Fund SPC - Global Strategy Fund SP, yang pada asalnya bertujuan terutama untuk pelaburan pra-tawaran awam permulaan

Binasat batalkan pembelian hartanah di Empire City, akan dapat balik RM32 juta

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Binasat Communications Berhad membatalkan pembelian hartanah di Empire City selepas anak syarikatnya, Binasat Development Sdn Bhd (BDSB) dan Country Annals Sdn Bhd (CASB) mencapai persetujuan untuk menamatkan perjanjian jual beli tersebut.

 

PTT Synergy bina, jual lima gudang industri Johor bernilai RM260 juta kepada Koperasi Kakitangan Bank Rakyat

KUALA LUMPUR 12 Ogos - PTT Synergy Group Bhd akan membina lima gudang industri di Pontian, Johor untuk  kemudiannya dijual kepada Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad (Sekatarakyat) pada nilai keseluruhan RM260 juta, sejajar dengan usaha kumpulan mengembangkan portfolio hartana

Pelabuhan Tanjung Pelepas mula guna 21 pengangkut kontena elektrik, pertama di Malaysia

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) menjadi pelabuhan pertama di Malaysia yang menggunakan prime mover (pengangkut kontena) elektrik (e-PM) dalam operasi sebenar sebagai usahanya memperkukuh usaha mengurangkan pelepasan karbon dalam sektor pelabuhan negara.

Malaysia Smelting catat lonjakan untung bersih 255% kepada RM77 juta pada 1HFY26

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Harga timah yang kekal tinggi serta peningkatan prestasi segmen perlombongan dan peleburan mendorong Malaysia Smelting Corporation Bhd (MSC) mencatatkan lonjakan 255.1% keuntungan bersih kepada RM77 juta bagi tempoh enam bulan berakhir 30 J

Southern Score raih subkontrak RM105 juta bagi projek pusat data di Puncak Alam

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Southern Score Builders Bhd menerusi anak syarikat 51% dimilikinya, SJEE Engineering Sdn Bhd memperoleh subkontrak bernilai RM105 juta bagi kerja-kerja elektrikal untuk projek pusat data di Puncak Alam, Selangor.

 

Gelanggang tenis bukan lagi keperluan utama, pengecas EV, pickleball pilihan baharu pembeli kondominium mewah - Juwai IQI

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Gelanggang tenis dan skuasy semakin kurang mendapat perhatian pembeli kediaman di Malaysia, dengan kemudahan seperti pengecas kenderaan elektrik (EV), gelanggang pickleball, loker bungkusan dan ruang kerja bersama semakin menjadi pilihan.

 

Hainan Airlines lancar penerbangan terus Haikou-Pulau Pinang mulai Oktober

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Pulau Pinang bakal mempunyai satu lagi hubungan udara terus dengan China apabila laluan Haikou-Pulau Pinang mula beroperasi pada 11 Oktober 2026.

 

Kanopi Residences di Elmina sudah terjual 90%, dijangka siap suku ketiga 2027

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Sime Darby Property Berhad mencatat jualan sebanyak 90% bagi Kanopi Residences, projek kediaman bertingkat tinggi pertamanya di Elmina City Centre yang mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM299 juta.

 

Sektor perladangan kekal berdaya tahan, harga MSM dijangka melebihi RM4,000 satu tan memasuki 2027 - TA Research

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Sektor perladangan dijangka kekal berdaya tahan pada separuh kedua 2026 (2H26) hingga memasuki 2027, dengan harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal tinggi meskipun pengeluaran meningkat secara bermusim.

 

Evocom meterai perjanjian taja jamin dengan NewParadigm Securities bagi IPO di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Evocom Berhad memeterai perjanjian taja jamin dengan NewParadigm Securities Sdn Bhd berhubung cadangan tawaran awam permulaan (IPO) untuk penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad.

 

Subscribe to Terkini