MN Holdings menang tender RM275.89 juta bina stesen penerimaan 275kV pusat data
KUALA LUMPUR 17 April - MN Holdings Bhd (MNHB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, MN Utilities Engineering Sdn Bhd (MNUESB), menerima tempahan belian (PO) bernilai RM275.89 juta bagi pelaksanaan projek infrastruktur pusat data di wilayah tengah Semenanjung Malaysia.






