Coastal Contracts raih kontrak RM834.7 juta daripada Pemex bagi loji penapisan gas di Mexico
KUALA LUMPUR 11 Jun - Coastal Contracts Bhd memperoleh kontrak bernilai kira-kira RM834.7 juta daripada syarikat petroleum nasional Mexico, Pemex, bagi kerja-kerja pembangunan dan operasi Loji Perdiz Kedua di Medan Ixachi, Mexico.






