Belanjawan 2026 cerminkan pendekatan baharu kerajaan berteraskan tadbir urus baik, disiplin fiskal dan empati – PM Anwar
KUALA LUMPUR 15 Okt - Belanjawan 2026 dihasilkan tidak bersandarkan teori ekonomi semata-mata, sebaliknya dirangka berdasarkan realiti semasa, cabaran fiskal negara dan komitmen luar biasa oleh pegawai-pegawai Kementerian Kewangan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.<






