Pinjaman 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian' cecah RM4.9 bilion setakat 31 Dis 2025 - MoF
KUALA LUMPUR 27 Jan - Jumlah pinjaman skim ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ (BNPL) mencecah RM4.9 billion setakat 31 Dis 2025, dan dijangka kekal 0.3 peratus daripada jumlah keseluruhan keberhutangan isi rumah di Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.






