PBAKL: Komuniti indah Dunia Penerbitan | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Dari Hikayat Kita - 29 May 2023

PBAKL: Komuniti Indah Dunia Penerbitan

 

 

BUAT pertama kali, Hikayat Fandom mengambil bahagian dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di WTCKL (Hairan pula ada penjenamaan semula ini bangunan bersejarah ini?)

 

 

PBAKL

 

parafrasa

 

 

PBAKL memang mengundang pelbagai perasaan dan pengajaran. Pertama,  ada dua detik yang begitu menyentuh perasaan saya. 

 

Di awal zaman penulisan, saya mendapat galakan dan sokongan dari Prof Ding Choo Ming. Beliau memperkenalkan saya pada dunia akademia Prof Muhammad Hj Salleh, Dato Dr Annabel Gallop, Dr GS Koster, Arwah Prof Harun Mat Piah dan ramai lagi.

 

Prof Ding juga membawa saya ke persidangan seminar antarabangsa di Indonesia dan Singapura terus memberikan saya keyakinan untuk membuat pembentangan hingga hari ini demi Hikayat. Apabila beliau datang menjenguk Hikayat Fandom di Aras 4, Reruai 4190, kedatangannya ke Hikayat Fandom amat membawa makna besar bagi saya. 

 

Kami mengimbas kembali masa ketika menerbitkan antara buku terawal, HIKAYAT From The Ancient Malay Kingdom di mana Prof Ding menjemput saya mengadakan wacana pertama di ATMA pada tahun 2012. 

 

 

Prof Ding Choo Ming
Ninot Aziz bersama Prof Ding Choo Ming

 

 

Keduanya, apabila Awan Wafdan datang menjenguk ke Hikayat Fandom. Anak muda ini superstar Mahakarya. Tetapi dari mula lagi, apabila terbitnya Hikayat Adiwangsa yang hebat, Awan memulakan langkah hingga ke rumah saya untuk berkenalan.

 

Dan di PBAKL, Awan datang memberi sokongan. Bukan itu saja, kata-kata manis Awan paling bermakna bagi saya, “Thank you for paving the way for me, Kak Ninot!”

 

Aduh, terlalu besar maknanya kata-kata ini. Satu anak muda yang begitu besar dunia Hikayat Adiwangsa dan kini Hikayat Adiwangsa: Gapura Matra yang diciptanya. 

 

 

Awan Wafdan
bersama Awan Wafdan

 

 

Saya menulis untuk mengenalkan semula hikayat ke anak Malaysia dan dunia. Kini ada kesinambungan dalam diri seketulawan yang terbang lebih tinggi ke langit petala tujuh, petaka alam dan lautan luas dunia Hikayatnya. 

 

Tapi lebih dari itu, PBAKL menandakan pelbagai titik tolak buat kami sebagai penerbit buku. Banyak manfaat dari PBAKL, antaranya:

 

1. Komuniti Dunia Penerbitan: Dunia penerbitan ini ada pelbagai bentuk dan saiz. Genre dan kepelbagaian. Namun kesemuanya ada keyakinan bahawa industri buku ini punca rezeki yang membawa kepuasan. Pada hari kedua setelah reruai siap untuk beroperasi, kami pun melawat reruai rakan penerbitan lain seperti Patriots Publications [kini Patriots Asia], Bibliophile dan juga Emilatopia, serta Biblio Nusantara. Di sini kami bertukar pendapat tentang PBAKL kali ini, sambutan pengunjung, kos penerbitan dan lain lain lagi. Lebih menyeronokan, kami ‘cross sell’ karya masing-masing.

 

2. VIP Buyers: Perancangan PBAKL melihat initiatif mengembangkan pasaran buku. Kotabuku mengumpulkan guru-guru sekolah melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) untuk mengadakan satu platform memilih buku yang sesuai untuk pendidikan dan perpustakaan sekolah. Ini memberi peluang kepada penerbit kecil untuk menambah peluang pasaran mereka. 

 

3. Meningkatkan minat membaca: PBAKL sememangnya memberi ruang untuk buku-buku baru tempatan menjadi lebih mudah diakses dan menarik perhatian para pembaca. Ini dapat membantu meningkatkan minat dan lebih lzebih lagi membuat pembaca lebih akrab dengan ramai penulis dan karya sastra yang baru dan berlainan serta memahami latar belakang penulis.

 

4. Mendorong penulis terus berkarya:  Pesta buku dapat menjadi antara dorongan terpenting bagi penulis untuk mempamerkan karya dan menarik perhatian pembaca. Ini dapat memberi motivasi pada ramai penulis lama dan baru untuk mengejar impian menulis mereka sendiri.

 

5. Menjangkau khalayak umum lebih luas: Dengan acara pesta buku PBAKL ini, orang ramai dapat meneliti dan menyenaraikan  buku-buku yang menarik perhatian dan penulis-penulis yang mungkin tidak mereka ketahui sebelumnya. Ini dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan pemahaman orang tentang berbagai topik, serta membantu menyebarkan gagasan dan inovasi.

 

6. Merancakkan komuniti buku: PBAKL membantu mencipta dan memperkuat komuniti pembaca dan penulis lokal. Ini dapat membantu menghubungkan orang dari berbagai latar belakang dan mempromosikan budaya literasi yang kuat.

 

7. Meningkatkan penjualan buku: Tidak dapat dinafikan, PBAKL dapat membantu meningkatkan penjualan buku dan mendukung industri penerbitan. Ini dapat membantu mengekspresikan dan mengapresiasi keragaman sastra dari berbagai penulis.

 

8. PBAKL meriah dengan seni budaya juga. Ini menggalakkan apresisi budaya disamping sastera. 

 

 

parafrasa

 

 

Apa yang lebih penting, PBAKL menyemarak industri buku tanah air. Ia memberi peluang penerbit dan penulis memperagakan hasil karya. 

 

Ia juga membuka mata dan minda murid-murid dan anak muda terhadap dunia penerbitan ink. 

 

Namun ekosistem dunia penerbitan mesti mekar sepanjang tahun untuk terus berjaya.   Ada antara penerbit yang mengeluh mengatakan selepas PBAKL mereka perlu bertahan hingga ke September kerana Jun, Julai dan awal Ogos, aktiviti buku akan merudum.

 

 

parafrasa

 

 

Kita mesti mencari jalan industri ini kekal rancak selepas PBAKL. Perpustakaan Negara dan seluruh negara bakal memaikan peranan. 

 

Syaratnya, terbitkan buku berkualiti. – DagangNews.com

 

 

Ninot Aziz merupakan Presiden Persatuan Sastera Lisan Malaysia 2023/2024 dan adalah penggiat seni serta kebudayaan Melayu, dari bzBee Consult, aktif menulis di dalam pelbagai medium seperti akhbar dan menerbitkan buku-buku seperti Bentala Naga - A Makyung Tale dan Lipur Lara Nusantara dan kini menulis menerusi kolum Dari Hikayat Kita di DagangNews.com, setiap Isnin.   Emel : ninotaziz@gmail.com
 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL DARI HIKAYAT KITA

Portfolio Tags