Sycarda, Cue Group bekerjasama hasilkan penyelesaian runcit komprehensif di seluruh rantau Asia | DagangNews Skip to main content

Sycarda, Cue Group bekerjasama hasilkan penyelesaian runcit komprehensif di seluruh rantau Asia

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 3 Feb - Platform analisis data runcit, Sycarda dan pembekal penyelesaian digital yang beribu pejabat di Singapura, Cue Group menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam menghasilkan penyelesaian runcit yang lebih komprehensif dan berkesan di seluruh Malaysia, Singapura dan akhirnya seluruh Asia.

 

Kedua-dua organisasi konsisten mengutamakan dedikasi mereka untuk menambah nilai kepada sistem pelanggan dan cara bekerja ke arah penyelesaian data runcit yang lebih dinamik, pertukaran pengetahuan dalam analisis data, visual kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin. 

 

Sycarda dan Cue akan mula mengintegrasikan kepakaran mereka dan membangunkan penyelesaian runcit yang khusus untuk menangani masalah yang dihadapi rangkaian kedai runcit iaitu kes kecurian dan pekerja bersubahat atau salah laku yang menyebabkan kerugian.


 
Ketua Pegawai Eksekutif Sycarda, Vernon Chua berkata, pihaknya melihat sektor runcit, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sangat mengecewakan kerana kurang mendapat perhatian dan terdapat banyak masalah tidak dapat diselesaikan.

 

 

Vernon Chan (dua dari kiri) dan Zainudin Nordin (dua dari kanan) bersama Ketua Pegawai Hasil Sycarda, Justin Chan (kiri) dan Pengarah Urusan Cue Asia Tenggara, Daniel Posavac (kanan).
Vernon Chan (dua dari kiri) dan Zainudin Nordin (dua dari kanan) bersama Ketua Pegawai Hasil Sycarda, Justin Chan (kiri) dan Pengarah Urusan Cue Asia Tenggara, Daniel Posavac (kanan).

 

 

"Kami berharap denga kerjasama ini dapat mengenal pasti masalah dan menyelesaikannya sebaik sahaja ia berlaku untuk menjadikan perniagaan lebih baik dan pada kadar berpatutan agar pulangan pelaburan mereka berlipat ganda," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Cue Group Asia Tenggara, Zainudin Nordin berkata syarikat itu optimis dengan kerjasama tersebut yang boleh memasuk pasaran Asia Tenggara.

 

“Kedua-dua organisasi bukanlah penyokong besar pembangunan semata-mata untuk pembangunan namun seperti perkhidmatan dan penyelesaian kami di Cue adalah 'pintar' dari segi teknologi, kami juga berusaha untuk memenuhinya dalam erti kata perniagaan," katanya.

 

Misi Sycarda adalah untuk membantu peruncit tradisional untuk mengurangkan kos dan meningkatkan hasil mereka dalam lanskap runcit yang mencabar menggunakan analisis data dan perisikan perniagaan. 

 

Platform bebas ini boleh digunakan di kebanyakan tempat jualan (POS) tanpa memerlukan penyepaduan yang membolehkan Sycarda digunakan di 2,000 kedai runcit serta kedai makanan dan minuman di seluruh Asia Tenggara.

 

Cue pula menyeragamkan sistem keselamatan dan meningkatkan perjalanan pelanggan dengan visual AI dengan menghasilkan penjejakan pengguna yang mendalam dan transaksi yang lancar, mengeja perbezaan untuk perniagaan merentas industri makanan dan minuman, automotif, FMCG dan farmaseutikal. 

 

Gabungan analisis penglihatan komputer Cue dan titik data POS Sycarda membolehkan perniagaan memperoleh tinjauan yang lebih tepat dan tindakan boleh diambil untuk operasi perniagaan dan pengalaman pelanggan mereka. – DagangNews.com