Pernas labur hampir RM1 bilion untuk pembangunan industri francais | DagangNews Skip to main content

Pernas labur hampir RM1 bilion untuk pembangunan industri francais

Saraswathy Kandasamy (tengah) melihat aplikasi FTW Racing pada majlis perasmian outlet jenama tersebut di Petaling Jaya, Selangor pada 14 Mac 2023. - Gambar DagangNews
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

PETALING JAYA 14 Mac - Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) telah melabur hampir RM1 bilion dalam 86 buah syarikat di bawah skim pelaburan Pernas sejak 1998 sehingga kini.

 

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Saraswathy Kandasamy berkata, bagi tempoh lima tahun dari 2021 hingga 2025, Pernas memperuntukkan sebanyak RM300 juta bagi pelaburan ekuiti.

 

"Pihak Pernas memfokuskan beberapa sektor seperti peruncitan, restoran, perkhidmatan dan jenama FTW Racing adalah yang pertama bagi sektor permotoran dan sukan lasak.

 

"Untuk FTW Racing, mereka selaku bakal francaisor dapat membimbing bakal-bakal francaisi di bawahnya untuk terus berjaya di dalam industri francais ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan outlet FTW Racing, di sini hari ini.

 

Turut hadir, Pengerusi Pernas, Datuk Hazimah Zainuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif FTW Ventures Sdn Bhd, Hairolsham Abu Bakar.

 

Dalam majlis itu, FTW Racing turut melancarkan aplikasi baharu untuk para pelanggan menempah dan membeli produk barangan sukan ekstrem dengan lebih mudah dan cepat. 

 

Aplikasi ini merupakan aplikasi yang pertama seumpamanya di rantau ini dengan memfokuskan kepada produk-produk aktiviti luar seperti jersi, seluar, kelengkapan keselamatan, topi keledar, motosikal, basikal dan lain-lain.

 

 

pernas
Hairolsham Abu Bakar (dua, kiri) bersama Datuk Hazimah Zainuddin (tiga, kiri) dan Saraswathy Kandasamy (kanan) melihat pakaian sukan permotoran berjenama Fox Racing yang dijual di FTW Racing.

 

 

pernas

 

BACA JUGA: Pernas suntik pelaburan RM5 juta bantu FTW Racing ke arah perniagaan francais

 

 

pernas

 

 

Aplikasi tersebut boleh dimuatnaik di Google Play Store atau Apple App Store. - DagangNews.com