Pasaran semikonduktor, instrumentasi pacu perkembangan Coraza Integrated Technology - TA Research | DagangNews Skip to main content

Pasaran semikonduktor, instrumentasi pacu perkembangan Coraza Integrated Technology - TA Research

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 29 Nov - Perkembangan Coraza Integrated Technology Berhad diunjut positif dipacu oleh pasaran semikonduktor instrumentasi.

 

TA Research berkata, mereka melihat permintaan yang kukuh untuk bahagian fabrikasinya yang ditetapkan untuk industri semikonduktor disokong pelaburan kukuh untuk mengembangkan kapasiti pengeluaran.

 

"Organisasi Semiconductor Equipment & Materials International (SEMI) meramalkan perbelanjaan peralatan fab global pada 2022 dan 2023 akan terus kukuh pada AS$99 bilion (RM446 bilion) dan AS$97 bilion (RM437 bilion) 

 

"Pelaburan yang teguh mewakili dorongan industri untuk memenuhi permintaan jangka sederhana dan panjang di sebalik trend sekular termasuk 5G, kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran berprestasi tinggi, Internet Perkara (IoT) dan elektrifikasi kenderaan (EV)," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, untung teras bersih 3QFY22 meningkat 13.4% dari suku ke suku kepada RM4 juta dengan hasil lebih tinggi 11.7% kepada RM38.6juta.

 

Hasil itu didorong oleh kedua-dua fabrikasi logam kepingan dan segmen mesin ketepatan.

 

Firma itu berkata, margin keuntungan teras bersih susut kepada 10.4%, disebabkan oleh peningkatan kos daripada kenaikan gaji minimum, kos bahan yang lebih tinggi akibat tekanan inflasi dan pertambahan kos untuk kemudahan baharu.

 

"Bagaimanapun, kumpulan itu akan melalui peningkatan kos secara rogresif pada suku tahun akan datang," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) 98 sen sesaham.

 

"Pada masa sama, kumpulan itu berdepan pelbagai risiko termasuk kebergantungan kepada pelanggan utama, harga bahan mentah yang tidak stabil, pandemik COVID-19 yang berpanjangan serta ketegangan geopolitik yang memberi kesan kepada rantaian bekalan selain perkembangan ekonomi," katanya. - DagangNews.com