HLIB semak naik unjuran untung teras bersih Hap Seng bagi FY22 hingga FY24 | DagangNews Skip to main content

HLIB semak naik unjuran untung teras bersih Hap Seng bagi FY22 hingga FY24

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 29 Nov - Hong Leong Investment Bank (HLIB) menyemak naik unjuran untung teras bersih untuk Hap Seng Consolidated Berhad bagi FY22 hingga FY24 sebanyak 3.4%, 22.6% dan 3.0% didorong oleh beberapa perkara termasuk andaian minyak sawit mentah yang direalisasikan lebih tinggi.

 

Firma itu berkata, andaian itu dibuat bagi mengimbangi hasil buah tandan segar (BTS) yang lebih rendah serta kos pegeluaran yang lebih tinggi bagi FY22.

 

Katanya, kos pengeluaran MSM bagi FY22 telah disemak lebih tinggi iaitu RM2,600 bagi setiap tan berbanding antara RM2,100 hingga RM2,200 sebelum ini.

 

"Menjelang FY23, pihak pengurusan menjangkakan harga baja yang lebih rendah (yang telah merosot sebanyak 10-15% daripada harga tertinggi) dan pengeluaran BTS yang lebih tinggi untuk memacu kos pengeluaran MSM lebih rendah sebanyak 12% kepada RM2,300 bagi setiap tan.

 

Terdahulu, untung bersih 3QFY22 melonjak 48% kepada RM563.75 juta berbanding RM381.55 juta dari suku tahun ke suku tahun.

 

Hasil kumpulan itu meningkat 21% kepada RM1.97 bilion daripada RM1.63 bilion sebelumnya, disebabkan sumbangan hasil yang lebih tinggi daripada bahagian perladangan, automotif, perdagangan dan bahan binaan.

 

Hasil bahagian perladangan bagi suku semasa sebanyak RM182 juta adalah 5% lebih tinggi daripada RM173.6 juta yang dicatatkan pada 3QFY21 terutamanya disebabkan oleh purata harga jualan MSM yang lebih tinggi.

 

Firma itu berkata, walaupun kekurangan tenaga yang minimum (terutamanya untuk aktiviti penuaian), pengeluaran BTS bagi 10MFY22 turun sebanyak 4.6% kepada 462,000 tan selain masalah cuaca yang kurang baik di Sabah.

 

Katanya, memandangkan keadaan cuaca yang kurang baik dan pengeluaran BTS yang lemah pihak pengurusan telah menurunkan keluaran BTS FY22 kepada 580,000 tan berbanding 593,000 tan metrik sebelumnya.

 

"Bagi FY23, pihak pengurusan menjangkakan pengeluaran BTS akan pulih dengan mendadak kesan daripada keadaan cuaca yang lebih kondusif dan lebih banyak kawasan yang menuju ke kurungan matang," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) lebih tinggi RM2.57 sesaham. - DagangNews.com