Co-opbank Pertama lancar cawangan Ar Rahnu pertama | DagangNews Skip to main content

Co-opbank Pertama lancar cawangan Ar Rahnu pertama

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 29 Mac - Co-opbank Pertama (CBP) melancarkan outlet Ar Rahnunya yang pertama di KL Traders Square, di sini.

 

Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi berkata, Ar Rahnu CBP itu merupakan outlet ‘stand-alone’ pertama dan akan dijadikan sebagai projek rintis untuk melihat kesesuaian dan juga keberkesananan outlet tersebut.

 

Katanya, dengan adanya outlet itu, ia dapat membantu CBP untuk meluaskan lagi capaian sasaran pelanggan kepada masyarakat yang berada di sekitar Gombak.

 

"Saya melihat outlet ini mampu untuk bersaing dengan operator-operator Ar Rahnu yang ada di kawasan sekitar ini kerana kita menawarkan kadar pembiayaan maksima sehingga RM350,000 dan had pembiayaan harian sehingga RM300,000. 

 

"Dengan kelebihan ini, saya melihat Ar Rahnu CBP mampu untuk bersaing secara sihat dengan yang lain," katanya dalam satu kenyataan.

 

Turut hadir pada perasmian tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar.

 

Menurut Baharom, susun atur dan juga rekabentuk outlet itu juga akan digunakan bagi pembukaan-pembukaan outlet Ar Rahnu yang akan dibuka di masa akan datang. 

 

 

cbp
                                                                              Datuk Baharom Embi

 

 

cbp

 

 

"Sebagai sebuah institusi kewangan yang turut berdepan dengan cabaran-cabaran tersendiri, CBP tetap komited memastikan setiap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah berlandaskan syariah demi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat," katanya. - DagangNews.com