Cabnet raih kontrak pemasangan elektrik, instrumentasi bernilai RM125.5 juta daripada Fluor Daniel International | DagangNews Skip to main content

Cabnet raih kontrak pemasangan elektrik, instrumentasi bernilai RM125.5 juta daripada Fluor Daniel International

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Nov - Cabnet Holdings Berhad menerusi anak syarikatnya, Cabnet M&E Sdn. Bhd. menerima surat anugerah (LOA) daripada Fluor Daniel International (Malaysia) Sdn. Bhd. bagi kerja-kerja pemasangan elektrik dan instrumentasi untuk projek yang terletak di wilayah utara Malaysia.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak yang dianugerahkan itu adalah bernilai RM125.5 juta.

 

"Kontrak berkenaan bermula pada 14 November 2022 dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 19 April 2024," katanya.

 

Kumpulan itu berkata, kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aste besih sesaham bermula tahun kewangan berakhir 28 Februari 2023 hingga 2025 dengan mengambil kira tidak berlaku sebarang kelewatan ketika projek itu dilaksanakan.

 

Kontrak berkenaan bagaimanapun tidak memberi kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham syarikat.

 

Faktor risiko yang mempengaruhi kontrak itu terdiri daripada risiko operasi dan pelaksanaan biasa dengan syarikat akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk meminimumkannya. - DagangNews.com