Kerajaan setuju laksana MRT 3, tambah baik Lebuh Raya Pan Borneo, projek tebatan banjir - PM
KUALA LUMPUR 4 Mac - Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini telah bersetuju untuk melaksanakan projek Mass Rapid Transit 3 (MRT 3) serta menambah baik pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sabah, Sarawak dan projek tebatan banjir.






