Malaysia bangunkan pemberian vaksin melalui mulut, semburan hidung - MOSTI
KUALA LUMPUR 7 Mac - Malaysia menerusi Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) sedang membangunkan kaedah pemberian vaksin melalui mulut dan semburan hidung, menurut Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim.






